Skip to content

glenn yong glam lelaki

GLENN YONG, “DUNIA FESYEN MEMBUKA MINDA SAYA KEPADA BEGITU BANYAK PERKARA KREATIF DAN PENGALAMAN INDAH.”

Kongsikan artikel ini

Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Dandanan: CKAY LIOW Grooming: CAT YONG, Gambar: CHEE WEI, Teks & temu bual: BATRISYIA FAISAL

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Glenn Yong, “Dunia fesyen membuka minda saya kepada begitu banyak perkara kreatif dan pengalaman indah.” 

Glenn Yong, nama yang cukup sinonim dengan gambaran perkataan serba boleh, dan berbakat. Dari platform TikTok ke bidang lakonan dan nyanyian, artis berasal dari Singapura ini sememangnya versatil dengan bakatnya dalam bidang seni. Lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti ‘The Breakup List’, ‘Ah Girls Go Army’ serta ‘I Not Stupid’ mendapat perhatian ramai, ditambah pula dengan wajah kacaknya. Baru mencecah usia 28 tahun, Glenn sudah menjadi salah satu figura yang cukup dikenali di serata Asia Tenggara. 

Selain dari bakatnya yang luar biasa, wajah kacaknya menempatkan Glenn ditempat ke-75 di dalam senarai 100 Most Handsome Faces pada tahun 2023. Ia juga menjadikannya warga Singapura pertama yang tercalon. Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2019, dengan rancangan bersiri ‘The Good Fight’. Pada tahun 2022, Glenn mula menceburi bidang nyanyian dan mengeluarkan lagu pertamanya, ‘UP UP’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Bagaimana perasaan anda apabila dapat kembali ke Malaysia sekali lagi? 

Saya sangat gembira! Malaysia adalah tempat yang membuat saya bahagia dan merupakan rumah kedua saya. Ibu saya berasal dari Malaysia, jadi saya biasanya akan pulang ke sini semasa sambutan Tahun Baru Cina. Orang di sini sangat mesra.

Anda bermula sebagai seorang pelakon sebelum menceburi bidang nyanyian. Adakah ini satu peralihan yang baik dalam kerjaya anda? Apa yang mendorong anda untuk mula menyanyi? 

Saya tidak melihat ia sebagai satu peralihan, tapi lebih kepada satu proses peningkatan dan perkembangan sebagai seorang artis kerana saya masih lagi berlakon. Tapi saya lebih daripada sekadar pelakon. Saya memang suka menyanyi secara santai sejak dahulu, tetapi tidak pernah benar-benar terfikir untuk jadi penyanyi secara serius, hinggalah kebelakangan ini. 

Dalam dua tahun lepas, saya ada keluarkan beberapa lagu, lebih kepada meluahkan perasaan atas penulisan lagu saya sendiri. Tapi pada tahun 2025 ini, saya mahu ambil serius dan jadi penyanyi profesional. Saya kini pergi kelas vokal hampir setiap hari untuk kukuhkan asas nyanyian saya. Saya mempunyai impian untuk mengadakan konsert sendiri dan buat persembahan jelajah dunia satu hari nanti – dan saya akan usahakan untuk capai impian tu.

Top & seluar, DIOR

Anda sangat digemari oleh banyak jenama fesyen. Boleh kongsikan pengalaman anda dalam dunia fesyen? 

Dunia fesyen membuka minda saya kepada begitu banyak perkara kreatif dan pengalaman indah. Saya sangat hargai peluang bekerjasama dengan jenama-jenama yang saya minati dan mengekspresikan diri melalui pakaian.

Pernahkah anda merasai momen “I MADE IT” dalam kerjaya anda? 

Perasaan itu datang dan pergi. Ada masa saya akan rasa seperti, “Wow, saya betul-betul sampai ke tahap ini, saya betul-betul sedang buat benda ini sekarang, bekerja dengan jenama ini, mencapai impian zaman kanak-kanak saya.” Tapi kehidupan ini begitulah, setiap kali kita sampai ke puncak gunung, kita sedar ada lagi gunung yang lebih tinggi di depan dan kita rasa kita baru sahaja mulakan perjalanan. Saya rasa itu sesuatu yang baik, ia buat kita terus bermotivasi untuk berkembang dan jadi lebih baik.

Glenn Yong glam lelaki

Topi bucket & jaket denim, PRADA pra musim luruh 2025

Siapakah idola atau inspirasi terbesar Glenn di luar dunia hiburan? 

Sebenarnya, ia adalah watak fiksyen, Naruto. Semangat untuk tidak pernah berputus asa, kasih sayangnya terhadap rakan-rakan dan orang sekelilingnya, serta tekadnya untuk jadi yang terbaik. Semua itu sangat menginspirasikan saya.

Bagaimana perkembangan kerjaya lakonan Glenn sekarang? Apa projek yang sedang anda usahakan atau akan datang? 

Saya sedang berlakon di dalam drama TV Malaysia pertama saya yang bertajuk Step Dave. Ini adalah genre romantik dan komedi pertama saya, dan juga kali pertama saya terlibat dengan banyak babak intim dan ciuman. Ia satu cabaran baru, tapi saya sangat teruja untuk orang ramai melihat sisi berbeza diri saya. Saya memang peminat besar filem dan drama romantik, jadi untuk berada dalam salah satu daripadanya, ia sangat luar biasa. Ceritanya mengenai seorang barista/penggaya rambut berusia 24 tahun yang ceria, jatuh cinta dengan wanita yang lebih tua daripadanya dan bagaimana dia perlu menyesuaikan diri sebagai bapa tiri kepada anak-anak wanita itu dan menjadi lelaki sejati yang menyokong wanita yang dicintainya. Banyak momen romantik dalam drama ini.

Glenn Yong

Top, seluar & loafer, ONITSUKA TIGER

 

Glenn Yong

Top, skaf & rantai berloket, GUCCI pra musim luruh 2025

Bagaimana Glenn membahagikan masa dan tenaga antara projek muzik dan lakonan? 

Ia seperti mengambil giliran. Apabila saya sedang berlakon, saya akan fokus sepenuhnya kepada lakonan sehingga penggambaran tamat. Lepas tu barulah saya sambung balik urusan muzik. Ia macam jongkang-jongket.

Bagaimana anda melihat tahun 2025 ini? Adakah ia berjalan lancar setakat ini dan apakah harapan anda buat tahun ini? 

Tahun 2025 akan jadi permulaan baru bagi saya kerana saya akan mula jadi penyanyi sepenuh masa. Saya akan keluarkan EP yang mengandungi 6 lagu tahun ini. Setakat ini, lagu pertama sudah pun dikeluarkan dan sambutannya sangat menggalakkan. Lebih 300,000 penstriman di Spotify dalam sebulan pertama. Itu satu pencapaian besar untuk saya dan saya sangat teruja untuk teruskan. Pada masa yang sama, drama romantik pertama saya akan ditayangkan pada bulan Jun atau Julai tahun ini. Itu juga satu momen penting dalam kerjaya lakonan saya dan saya harap akan ada lebih banyak peluang dalam genre romantik selepas ini.

Artikel berkaitan: ALVN, “SAYA MAHU MENCUBA WATAK LEBIH GELAP, PUNYA DIMENSI YANG LEBIH MENDALAM.”  

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

18 TAHUN MEMEGANG STATUS SUAMI, HISYAM HAMID KEMBALI SOLO

18 TAHUN MEMEGANG STATUS SUAMI, HISYAM HAMID KEMBALI SOLO

Bacaan Lanjut
Milan fashion week 2024

25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

Bacaan Lanjut
H&M Rabanne

H&M MEMBAWA GLITZ & GLAMOUR DENGAN RABANNE

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut