WALAU MENANG, HAJAT FAIZ SUBRI MASIH TIDAK KESAMPAIAN
Sekalung tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Subri yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selepas berjaya dinobatkan sebagai penerima Puskas Award untuk Anugerah Jaringan terbaik yang berlangsung di Zurich pagi tadi (waktu Malaysia).
Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerima anugerah terbabit yang disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama dunia yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan ajaib yang menggegarkan dunia itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.

Wajah penuh bangga dan bersemangat sewaktu Faiz Subri naik ke pentas bagi menerima Anugerah Puskas untuk Anugerah Jaringan Gol Tercantik
Walaubagaimanapun, hasrat Mohd Faiz Subri untuk menyarung dan menayangkan kostum tradisi baju melayu sewaktu Anugerah itu tidak kesampaian apabila beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut akibat masalah cuaca yang terlalu sejuk. Dikhabarkan suhu di Zurich Switzerland mencecah sekitar -5 selsius dan pemakaian baju Melayu tidak bersesuaian. Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu. Sebaliknya, Mohd Faiz Subri dilihat cukup segak menyarung tuksedo hitam tajaan Kinslager sewaktu beliau naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.
Mohd Faiz juga melakar sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
“Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo. (Sumber: BERNAMA)

Jumlah peratusan undian Anugerah Puskas FIFA 2016.
Saksikan detik kemenangan Mohd Faiz Subri sewaktu menerima anugerah tersebut di pautan di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=lFRaNN0kMl8
Sementara itu, perdana menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak turut menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Faiz Subri melalui akaun rasmi Twitter beliau pagi tadi.
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA:
2009: Cristiano Ronaldo
2010: Hamit Altintop
2011: Neymar
2012: Miroslav Stoch
2013: Zlatan Ibrahimovic
2014: James Rodriguez
2015: Wendell Lira
2016: Mohd Faiz Subri (MALAYSIA)
Tahniah sekali lagi dari kami Glam Lelaki buat Mohd Faiz Subri. You made us proud! Malaysia boleh!!
Oleh: Wan Mohd Firdaus Basaruddin, 10 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Berita baik, kini terdapat pelbagai pilihan fon kepala terbaik di pasaran yang direka khusus untuk menyokong gaya hidup aktif anda.