HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, seorang pencipta kandungan dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang generasi baharu, terus mencorak ruang digital dengan gaya bercerita yang jujur, segar dan penuh personaliti.
Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam bidang content creation? Apa yang mendorong anda untuk bermula?
Permulaan saya dalam penciptaan kandungan bermula dengan beberapa YouTuber seperti Smosh, Ryan Higa dan Fred. Saya memuat naik video pertama saya di YouTube ketika berumur 12 tahun. Kemudian saya terdengar ada kawan-kawan di sekolah yang menontonnya. Ada yang tak suka, ada yang suka, tetapi saya rasa sangat gembira selepas itu. Membuat video memang sesuatu yang saya minati.
Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dari masa ke masa?
Gaya peribadi saya juga telah berkembang. Saya suka ikut sedikit-sebanyak trend semasa. Saya selalu ingin tahu sama ada trend fesyen terkini sesuai dengan saya atau tidak. Kawan-kawan saya selalu kata saya nampak paling bagus bila saya berpakaian ringkas dan klasik. Tapi saya tetap suka bereksperimen.
Bagaimana anda mengikuti perkembangan trend penciptaan kandungan media sosial?
Bagi saya, saya bukanlah seorang yang terlalu mengikut trend. Tetapi saya suka belajar cara orang bercakap dan cara mereka berkongsi cerita. Anda mungkin tak akan nampak saya buat trend tarian yang terbaru. Tapi anda akan lihat pelbagai jenis gaya yang saya gabungkan dalam seni penceritaan saya.
Kongsi sedikit tentang podcast ‘Borak Space’ dan apakah pelan seterusnya untuk ‘Borak Space’?
BorakSpace sebenarnya sudah berakhir. Kami tamat pada episod ke-99, apabila rakan kongsi saya sedar bahawa ia bukan lagi untuk dirinya. Sejak Raya lepas, saya melakukan apa sahaja untuk mengumpul dana supaya saya boleh mulakan semula. Saya tidak simpan apa-apa perasaan negatif terhadap rakan kongsi saya. Sebab kalau dia tidak berundur, saya pun takkan belajar semua perkara yang saya tahu hari ini.
Boleh ceritakan tentang projek kerja yang paling berkesan bagi Hakim?
Ada dua karya yang terlintas di fikiran saya. Yang pertama ialah ketika saya dijemput oleh Duta Palestin di Malaysia. Saya menerima ucapan “Terima Kasih” secara rasmi daripada beliau kerana saya pernah bercakap tentang bagaimana sesetengah NGO mungkin mengambil kesempatan terhadap simpati orang ramai. Dan perkara itu terbukti benar hanya seminggu kemudian.
Yang kedua pula ialah episod podcast saya di mana kami bercakap tentang realiti suram mereka yang cuba membunuh diri. Saya masih ingat menerima satu emel daripada seseorang yang tidak akan saya namakan. Dia berkata bahawa dia rasa seperti dia tidak lagi bersendirian. Dan itu adalah sesuatu yang tiada apa pun dalam dunia ini boleh gantikan.
Nasihat untuk pencipta kandungan yang baharu?
Hasilkan kandungan yang anda sendiri suka. Anda hanya akan menemui penonton anda jika anda cukup konsisten dan bekerja keras. Jangan berharap untuk “nasib baik” tanpa usaha yang sebenar. Walaupun perkembangan akaun media sosial anda perlahan, itu lebih baik daripada membuat sesuatu yang kontroversi. Jangan terlalu bergantung pada “tip viral”. Ia boleh jadi asas yang bagus, tetapi editlah mengikut cara anda, bercakaplah dengan gaya anda. Tiada satu cara sahaja untuk berjaya. Fikirkan seperti seorang kanak-kanak yang mewarna di luar garisan. Ia mungkin tidak kemas, tapi tetap siap dan tetap ada keindahannya.
Inspirasi anda?
Inspirasi saya ialah PewDiePie. Dia seorang yang hanya menghasilkan kandungan yang dia sendiri suka. Sekarang dia tinggal di Jepun bersama isterinya yang cantik dan anak mereka. Saya suka betapa tenangnya kehidupan dia sekarang. Saya pun mahu menjadi pencipta kandungan seperti itu. Hanya menikmati apa yang saya buat bersama orang yang menyokong dan menyayangi saya.
Projek terkini?
Sebuah jenama pakaian yang menggambarkan identiti podcast saya. (Kalau boleh saya ‘plug’, ia adalah @WearBeSomething.)
Siapakah jenama atau individu impian Hakim untuk bekerjasama?
Sejujurnya, saya pun tak pasti bagaimana ia boleh berlaku, tetapi saya teringin sangat untuk bekerjasama dengan Celine atau Dior. Saya mahu menjadi wakil untuk “Short Kings”. Kalau dari segi individu pula Tom Holland. Saya teringin nak duduk dan berbual dengan dia.
Apakah yang anda mahu capai sebelum mencecah usia 40 tahun?
Saya sendiri tak pasti apa yang saya nak capai bila saya umur 40 nanti. Saya lebih suka hidup satu minggu pada satu masa. Tapi satu perkara yang saya nak buat sebelum umur 30 saya nak cuba rambut warna blonde sekali. (Saya akan berumur 29 tahun tahun depan.)
Artikel berkaitan: JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.











