HARVARD UNIVERSITY HUMANITARIAN OF THE YEAR MILIK RIHANNA
Kejayaan dan sumbangan Rihanna sepanjang bergelar artis sekali lagi diiktiraf selepas beliau dianugerahkan Peter J. Gomes Humanitarian Award sewaktu dia dijemput ke kampus Harvard 28 Februari lalu. Rihanna diberi peluang untuk berucap mengenai yayasan yang ditubuhkan oleh penyanyi ini dan kerja-kerja amalnya yang lain.
“So, I made it to Harvard! Never thought I’d be able to say that in my life, but it feels good”. Itulah teks ucapan permulaan Rihanna kemudiannya diikuti dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin hadir. Selepas itu, dia kemudiannya menerangkan dia berminat untuk melakukan kerja-kerja amal bermula melalui iklan TV mengenai kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang pernah ditontonnya sewaktu kecil.
Antara teks ucapannya berbunyi, “Saya pernah mengimpikan, apabila saya dewasa, bila saya sudah kaya nanti, saya akan menyelamatkan kanak-kanak di seluruh dunia. Saya cuma tidak sangka yang saya berada di sini untuk melakukan semua ini sewaktu saya masih remaja lagi. Saya tahu yang setiap seorang daripada anda berupaya untuk membantu seseorang. Apa yang anda harus lakukan untuk membantu seseorang adalah untuk tidak mengharapkan sesuatu kembali. Pada saya, itulah sifat kemanusiaan,” Rihanna menerangkan definisi kemanusiaan kepada penonton,” terang Rihanna.
Rihanna juga telah menubuhkan Believe Foundation pada tahun 2006 yang membekalkan keperluan asas kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Saksikan majlis penganugerahan tersebut melalui pautan di bawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.













