Skip to content

“SUAMI HEBAT!” – ARNOLD SCHWARZENEGGER PUJI MENANTU, CHRIS PRATT

Kongsikan artikel ini

Tiada rahsia lagi, kedua-dua pelakon terkenal ini menjadi rapat dalam masa yang sangat pantas, semenjak Chris Pratt menjadi menantu kepada Arnold Schwarzenegger hampir dua tahun lalu.

Baru-baru ini, bintang Terminator ini berkongsi mengenai hubungannya dengan Chris dan mengatakan, dia tidak sesekali menyangka anaknya Katherine akan memilih seorang pelakon sebagai suami.

Ini kerana ketika kecil, Katherine tidak pernah berminat mengikutinya ke set penggambaran dan sentiasa mengadu penat, sering menangis serta mudah jatuh sakit. Berbeza dengan empat lagi anaknya yang teruja melihat bapa mereka beraksi di depan mata kepala mereka sendiri.

Namun dia gembira Katherine membuat pilihan yang tepat dalam hidupnya. “Saya sangat gembira kerana Chris menjadi suami yang sangat-sangat hebat kepada anak saya, dan dia juga menantu yang hebat,” katanya yang turut menjelaskan, Chris merupakan seseorang yang mudah didampingi.

“Dia sangat, sangat berdisiplin dengan kerjayanya, memberi layanan yang sangat baik terhadap Katherine, kepada Maria (ibu Katherine), kepada saya, dan hubungan kami semua sangat baik.”

 

Foto: Rich Polk/Getty Images for Disney

 

Namun ini bukan kali pertama Arnold memberi pujian terhadap Chris secara terbuka. Beberapa bulan selepas perkahwinan Chris dan Katherine, Arnold membicarakan perkara yang sama ketika menjadi tetamu di rancangan Jimmy Kimmel Live!.

“Dia bukan sahaja pelakon hebat dan berbakat dalam segala hal yang dia lakukan, malah juga sangat baik terhadap Katherine, itu yang paling penting buat saya. Namun sebenarnya saya agak terkejut bila Katherine mengatakan dia sedang bercinta dengan Chris waktu itu,” Arnold menambah.

Alasannya? Kerana Chris mempunyai fizikal yang tegap dan namanya gah dalam dunia perfileman Hollywood. Dia berjenaka mengatakan anaknya itu seorang yang “kuat bersaing.”

Chris and Katherine berkahwin pada Jun 2019 dan dikurniakan seorang perempuan, Lyla Maria berusia empat bulan.

 

Foto: Independent.co.uk

 

Pautan berkaitan: TOM HANKS DEDAH IMEJ TERBARU UNTUK FILEM BIOPIK, ELVIS PRESLEY

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mierul aiman glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN

Bacaan Lanjut

6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN

Bacaan Lanjut
dior sauvage

DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN

Bacaan Lanjut

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER

Bacaan Lanjut