Skip to content

putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Kongsikan artikel ini

Enam personaliti berbeza, satu semangat yang sama. Berprestasi tinggi tanpa kompromi. Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini yang berani bergerak pantas, fokus dan berwawasan. 

Bagaimana aktiviti kecergasan membentuk disiplin dan cara anda melihat kejayaan dalam hidup dan kerjaya?

Dalam dunia sukan permotoran, disiplin merupakan asas utama kejayaan. Pada pandangan saya, hampir semua pemandu yang berjaya memiliki tahap disiplin yang tinggi. Bukan sahaja di litar, tetapi juga dalam kehidupan seharian. Nilai ini bukan sekadar membantu prestasi di trek, malah membentuk karakter serta ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan kerjaya. Bagi saya, kejayaan tidak datang daripada bakat semata-mata, tetapi daripada konsistensi dan disiplin yang berterusan.

Siapakah individu yang paling mempengaruhi perjalanan kecergasan anda?

Max Verstappen. Saya pernah menyaksikan Max berlumba dalam perlumbaan go-kart ketika saya masih muda di Itali. Sejak itu, saya melihat sendiri dedikasi luar biasa yang beliau berikan terhadap sukan permotoran. Komitmen dan fokusnya menjadikan beliau sumber inspirasi utama dalam perjalanan kerjaya saya hingga hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Mengapa anda menjadikan kecergasan sebagai terapi mental dan gaya hidup?

Bagi saya, kecergasan fizikal dan mental saling berkait rapat. Apabila tubuh berada dalam keadaan sihat dan cergas, ia memberi kesan positif secara langsung kepada kestabilan emosi dan mental. Keyakinan diri juga meningkat apabila kita berada dalam kondisi terbaik. Ini membantu saya kekal fokus, tenang dan bersedia menghadapi tekanan. Baik di litar mahupun dalam kehidupan seharian.

Apakah perubahan paling ketara sejak kecergasan menjadi sebahagian daripada gaya hidup anda?

Pada awal kerjaya perlumbaan profesional, saya akui kecergasan bukan keutamaan. Namun sejak dua tahun lalu, saya mula memberi fokus serius terhadap latihan fizikal dan pemakanan. Saya kini berlatih empat hingga lima kali seminggu secara konsisten, dan perubahan ini memberi impak besar terhadap prestasi saya. Hasilnya, tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship. Pencapaian ini, bagi saya, tidak mungkin dicapai tanpa disiplin kecergasan yang konsisten.

Apakah nasihat jujur untuk generasi muda yang ingin menjadikan sukan sebagai gaya hidup?

Jadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian, bukan sekadar aktiviti sampingan. Apabila tubuh berada pada tahap optimum, keyakinan diri akan meningkat dan minda menjadi lebih positif. Ini memberi keberanian untuk mencuba perkara baharu dan menghadapi cabaran dengan lebih yakin. Kecergasan bukan hanya tentang fizikal, tetapi juga tentang membina kekuatan mental serta kepercayaan terhadap kemampuan diri sendiri.

Artikel berkaitan: HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

kuyin kamaruddin runner

HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL

Bacaan Lanjut

THE DRAMA KING: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
danial haziq content creator

DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR

Bacaan Lanjut