“I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022

Ceritakan kisah yang anda tidak boleh lupakan ketika bertanding?
Momen yang paling tidak dapat saya lupakan ketika Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur dan keluarga saya hadir menyaksikan saya bertanding! Dengan sokongan daripada keluarga saya ketika itu dan memenangi pingat emas memberikan pengalaman yang paling berharga buat diri saya. It is truly unforgettable!
Apakah yang anda suka lakukan jika anda tidak berlatih atau bertanding?
Anda boleh menjumapi saya di pantai, menyelam skuba! Hahaha. Tetapi paling penting, menghabiskan masa dengan keluarga saya kerana masa ini sahaja saya dapat bertanya khabar dan mengeratkan hubungan bersama mereka. Saya akan mengamalkan “strictly no hardcore training” ketika musim berehat, tetapi saya akan tetap bersenam untuk mengekalkan fikizal dan stamina.

Siapakah idola anda sebagai seorang atlet?
Idola saya adalah legenda tinju dan aktivis, Muhammad Ali. Dia seorang yang baik di dalam dan luar gelanggang. Dia menyumbangkan kepada komuniti dan beberapa petikan kata-katanya banyak memberikan inspirasi. Salah satu yang paling dekat dengan saya adalah “I know where I’m going and I know the truth, and I don’t have to be what you want me to be. I’m free to be what I want.” Sebagai seorang atlet, sangat penting untuk percaya kepada diri walau apapun yang mendatang. Sentiasa akan ada ups and downs , tetapi saya sentiasa mengeingatkan diri supaya tidak mudah berputus asa seperti moto Under Armour iaitu “The Only Way Is Through”.
Komgsikan mengenai kolaborasi anda sebagai Duta Under Armour Malaysia?
Saya sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga Under Armour. Saya percaya kepada visi dan moto “The Only Way Is Through” yang akan saya genggam ketika latihan dan pertandingan. Selain dapat menggayakan rangkaian Under Armour yang selesa dan breathable, saya kagum dengan nilai utama label ini yang mementingkan kualiti, semangat pertandingan, sentiasa berani, kekal berhubung, sentiasa memandang ke hAdapan dan paling utama, meraikan kejayaan.
Foto: Under Armour Malaysia
Baca lebih lanjut: MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
PEMAIN BOLA JDT, ARIF AIMAN HANAPI SAH BERGELAR SUAMI #YANGARIFTENTANGLIA
Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi, sah bergelar suami selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN
Daniel Bogers mengubah haluan kerjayanya sebagai pengulas dan hos sukan, sambil menyalurkan minatnya dalam dunia kecergasan.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.











