Skip to content

IAN SOMERHALDER & NIKKI REED SAMBUT KELAHIRAN PUTERA SULUNG

IAN SOMERHALDER & NIKKI REED SAMBUT KELAHIRAN PUTERA SULUNG

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Ian Somerhalder Dan Nikki Reed Umum Kehamilan

Januari lalu, pasangan itu mendedahkan bahawa ahli keluarga mereka akan bertambah sedikit masa lagi. Ian Somerhalder berkongsi foto Nikki Reed mendukung anak sulung mereka, Bodhi Soleil sambil memegang perutnya yang semakin membesar.

“Apa yang saya inginkan sejak kecil adalah untuk mempunyai keluarga yang besar. Terima kasih Nik kerana mengurniakan saya anugerah itu. PUSINGAN KEDUA, AYUH!!! Terima kasih tidak terhingga kepada manusia luar biasa ini atas anugerah kehidupan dan kasih sayang, kerana menjadi ibu paling luar biasa dan bekerja keras untuk merealisasikan impian! Sewaktu merakam foto ini, saya tidak percaya apa yang saya lihat melalui skrin. Tiada apa yang lebih indah daripada ini.”

Nikki Reed Ian Somerhalder

Foto: Instagram

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 2017 — walaupun Nikki Reed pernah mengakui pasti mahu membesarkan keluarga atau tidak. “Saya tidak tahu sama ada saya mahukan anak atau sebaliknya. Sememangnya saya sukakan kanak-kanak tetapi tidak pasti sama ada saya perlu menjadi ibu atau tidak. Saya benar-benar tidak tahu,” katanya dalam podcast Informed Pregnancy tidak lama selepas kelahiran Bodhi.

Aktor berusia 44 tahun itu kemudian mendedahkan dia membuang semua pil perancang Nikki Reed tanpa pengetahuan isterinya dalam usaha untuk mempunyai sebuah keluarga besar yang diidamkannya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL BERGELAR BAPA

ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA

Bacaan Lanjut
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut