IMBAS PERSONALITI ANTARABANGSA YANG PERNAH MEMAKAI REKAAN RIZMAN RUZAINI. SEPERTI LADY GAGA.
Dikenali dengan rekaan yang mewah, sofistikated dan beridentitikan keanggunan moden, pereka Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan bintang ternama untuk tampil memukau di pentas dunia.
Supermodel legenda, Naomi Campbell, antara figura paling ikonik yang pernah menyarung rekaan Rizman Ruzaini (Red Sea Film Festival 2023). Dengan potongan berstruktur dan perincian halus, busana yang digayakannya menyerlahkan karisma serta keperibadian Naomi yang berani dan berkelas, sekaligus membuktikan keupayaan jenama tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.
Dari Indonesia, penyanyi tersohor Kris Dayanti tampil anggun dalam busana yang menonjolkan siluet feminin dan elemen glamor. Rekaan tersebut melengkapkan aura bintang Kris Dayanti, menjadikan setiap penampilannya penuh pesona dan keyakinan. Begitu juga dengan penyanyi Rossa, yang memilih rekaan Rizman Ruzaini untuk acara fesyen Rizman Ruzaini di Jakarta Fashion Week 2025.
Pelakon dari Indonesia, Nicholas Saputra pula membuktikan bahawa rekaan Rizman Ruzaini bukan hanya terhad kepada busana wanita. Dengan sut moden berpotongan kemas, Nicholas tampil maskulin dan bergaya, mencerminkan sisi minimalis namun eksklusif jenama ini. Nicholas tampil dalam rekaan Rizman Ruzaini sewaktu hadir pada salah satu konsert yang diadakan di Kuala Lumpur tahun 2025.
Dari Filipina, ikon fesyen dan artis terkenal Heart Evangelista turut mencuri perhatian apabila tampil elegan dalam rekaan Rizman Ruzaini. Dikenali dengan gaya yang sofistikated dan cita rasa fesyen tinggi, Heart berjaya menghidupkan rekaan tersebut dengan penuh keanggunan, Heart ada berkongsi penampilannya party chic-nya dalam Rizman Ruzaini dalam satu hantaran Instagram peribadinya.
Tidak ketinggalan, ikon pop dunia Lady Gaga turut mencuri perhatian apabila tampil berani dalam rekaan yang sarat elemen dramatik dan artistik. Pilihan ini selari dengan identiti Lady Gaga yang unik, sekali gus menyerlahkan kreativiti tanpa batas Rizman Ruzaini.
Imbas personaliti antarabangsa yang tampil memukau dalam rekaan Rizman Ruzaini
Naomi Campbell
HEART EVANGELISTA
KRIS DAYANTI
ROSSA
NICHOLAS SAPUTRA
LADY GAGA
Artikel berkaitan: #GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Lihat koleksi Lunar New Year 2026 daripada pereka fesyen Malaysia, dari menswear moden hingga busana warisan kontemporari.
RECAP KLFW 2025: TREND FESYEN DI PENTAS KLFW 25
Sorotan penuh KLFW 2025 dengan trend fesyen terkini dari warisan moden hingga streetwear avant-garde, lihat gaya paling hangat di pentas.
RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI
Raja Irfan antara pereka fesyen generasi baharu yang cukup berpotensi. Koleksinya bertumpu pada rekaan wanita. Maybe menswear soon?
OG`S OF MALAYSIAN FASHION: NAMA-NAMA IKONIK WARNAI KLFW 2025
Saksikan kemunculan semula barisan OGs of Malaysian fashion di KLFW25 yang terus memberi inspirasi di pentas fesyen tempatan.
KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
Malam pembukaan KLFW 2025 disajikan dengan Pretty-Ugly, OUTDWELL dan Rizman Ruzaini yang tampil dengan koleksi streetwear, dan glamor memukau.











