Skip to content

INI WAJAH TERBARU PELAKON ASAL SIRI TV POWER RANGERS YANG KITA KENALI DULU

Kongsikan artikel ini

Hari ini merupakan hari pertama tayangan filem Power Rangers yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam utama negara. Walaupun timbul sedikit kontroversi berkaitan filem tersebut yang dikatakan punya babak LGBT, namun tayangan filem itu diteruskan tanpa sebarang suntingan. Ini berdasarkan laporan KDN dalam satu kenyataan media berkata filem itu telah diberikan kelulusan dengan klasifikasi P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 22 Mac lalu. Phew!

Filem Power Rangers (2017) akhirnya lulus dan akan mulai ditayangkan hari ini.

Selain berita gembira ini, apa yang mengujakan adalah beberapa keping gambar yang bertebaran di laman-laman sosial. Selepas 24 tahun, akhirnya mereka kembali!  Gambar bintang-bintang asal siri TV Mighty Morphin’ Power Rangers diambil sewaktu tayangan perdana filem itu di Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan ramai dari kalangan penggemar siri itu teruja. Buat pengetahuan anda, siri TV hit ini mula ditayangkan kepada umum pada tahun 1993. (Tekan pada imej untuk lebih jelas)

Dari kiri Austin St. John (aka Jason Lee Scott, Red Ranger), Walter Jones (aka Zack Taylor, Black Ranger), Jason David Frank (aka Tommy Oliver, Green Ranger) dan David Yost (aka Billy Cranston, Blue Ranger).

(Photo credit: Getty Images / ET Online)

Gambar di atas menampilkan keempat-empat pelakon asal siri TV itu yang bersedia untuk ‘beraksi’, iaitu Austin St. John (aka Jason Lee Scott,  Red Ranger), Walter Jones (aka Zack Taylor, Black Ranger), Jason David Frank (aka Tommy Oliver,  Green Ranger) dan David Yost (aka Billy Cranston, Blue Ranger) di karpet merah majlis tayangan filem tersebut. Malangnya, Amy Jo Johnson yang memegang watak Kimberly, Pink Ranger tidak dapat hadir bersama memeriahkan acara. Yang sedihnya, buat anda yang masih belum tahu aktres yang memegang watak Trini Kwan aka Yellow Ranger, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada tahun 2001 ketika umurnya 27 tahun.

Thuy Trang dalam kenangan (1973-2001)

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!

NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!

Bacaan Lanjut
Pelakon Wanita Pernah Bergandingan dengan Shukri Yahaya

PELAKON WANITA POPULAR YANG PERNAH BERGANDINGAN DENGAN SYUKRI YAHAYA

Bacaan Lanjut
FILEM UNTUK DITONTONI DI PAWAGAM PADA BULAN JUN 2025

FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025

Bacaan Lanjut
mission impossible the final reckoning

7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU

Bacaan Lanjut
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK

Bacaan Lanjut
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut