Skip to content

JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025

Kongsikan artikel ini

Hollywood hari ini tidak kekurangan wajah-wajah menarik, tetapi hanya sedikit yang mampu menggabungkan daya tarikan di media sosial dengan kredibiliti seni lakon seperti Jacob Elordi. Pelakon Australia berusia lewat 20-an ini telah menjadi nama yang tidak asing lagi penggemar filem Hollywood.

Dikenali terlebih dulu melalui peranan romantik dalam francais remaja The Kissing Booth, Elordi tidak lama kemudian membuktikan bahawa dia bukan sekadar “Rising Star”. Peranan sebagai Nate Jacobs dalam siri Euphoria membawa dimensi lakonan yang gelap dan kompleks, menampilkan dia sebagai pelakon yang sanggup meneroka emosi rapuh dan watak konflik. Perkembangan terbaharu dalam kerjayanya adalah peranannya yang dinanti-nanti dalam adaptasi Wuthering Heights, serta penggambaran semula klasik Frankenstein, di mana dia menunjukkan transformasi dramatik serta komitmen tinggi terhadap watak yang dibawanya.

Ikon Fesyen dan Kolaborasi dengan Rumah Fesyen Terkenal.

Hubungannya dengan rumah fesyen mewah seperti Cartier, Chanel dan terutamanya Bottega Veneta tampak selari dengan personalitinya. Soft tailoring, siluet baggy, serta beg silang menjadi elemen yang sering mengiringi penampilannya. Untuk figura yang tinggi lampai, potongan santai dan permainan proporsi memberikan keseimbangan yang sofistikated tanpa kelihatan terlalu berlebihan.

Gambar dari Getty Images

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jacob elordi (@jjacob.elordi)

Di sebalik kebanyakan penampilannya, berdiri pasukan stylistnya, Wendi Ferreira dan Nicole DeJulio. Tulang belakang yang memahami struktur tubuh Elordi serta aura maskuliniti moden yang ingin ditampilkan. Fokus mereka terhadap relaxed tailoring, fluid silhouettes dan palet warna neutral menjadikan setiap helaian terasa selesa namun tetap premium. Tiada experimentasi untuk terlalu menjadi kan Jacob terlalu menonjol, sebaliknya, kekuatan terletak pada penggayaan dan nilai estetik untuk insan tinggi lampai ini.

Menariknya, walaupun sering mengenakan jenama mewah, gaya Elordi tidak pernah terasa intimidatif atau bersifat kostum. Apa pendapat anda tentang gaya Jacob Elordi?

Artikel Berkaitan: TONTON 5 FILEM INI BULAN FEBRUARI DAN MAC 2026!

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

ELEGAN, MASKULIN DAN ‘FRESH’: 3 HARUMAN CHANEL PILIHAN LELAKI BERKELAS

Bacaan Lanjut
SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025

SELEBRITI LELAKI HOLLYWOOD YANG MENDOMINASI FESYEN 2025

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI

LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI

Bacaan Lanjut

JACOB ELORDI: ‘BAD BOY’ PENCURI HATI

Bacaan Lanjut