Skip to content

JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

Kongsikan artikel ini

Wajahnya menghiasi drama-drama tempatan sebagai ‘muka baharu’, Jay Iskandar ialah salah seorang pelakon baharu yang menjadi perhatian ramai. 

Jay Iskandar, nama yang baharu, muda, tapi cukup menonjol dalam industri lakonan terkini. Baru sahaja menamatkan drama bersiri Puteri Kelas Atas sebagai watak utama, Jay Iskandar ini sedang bersedia buat drama seterusnya, Impiana: Karma. Anak muda penuh berbakat yang bermula dari Hero Dewi Remaja 2023 ini bakal menjadi wajah industri lakonan pada masa hadapan. Drama bersiri Puteri Kelas Atas menerima reaksi positif dan disukai ramai menjadikan nama Jay semakin meningkat dalam industri lakonan tempatan. Mari mengikuti perkembangan terkini Jay bersama GLAM Lelaki.

1. Dalam drama Puteri Kelas Atas, apa yang paling mencabar sebagai Iqbal, dan bagaimana Jay menanganinya?

Azri dan Razin serta saya menghadiri kelas lakonan bersama Kak Ellie Suriaty, di mana kami diminta menyiapkan satu monolog untuk setiap watak. Saya memilih untuk membina backstory bagi watak Iqbal. Di situ, Kak Ellie mengajar kami bahawa lakonan bukan sekadar dibawa secara mekanikal, tetapi perlu dihayati sepenuhnya — menjiwai watak tersebut dan menghidupkan dunia make-believe agar penonton dapat merasainya dengan jujur.

2. Apakah persiapan yang Jay lakukan sebelum memulakan penggambaran — dari segi lakonan, emosi, hingga pakaian atau gaya? Adakah Jay belajar sesuatu yang baru untuk watak ini?

Untuk aspek lakonan, saya banyak belajar tentang body language pelakon-pelakon elit — cara mereka bercakap, bergerak, dan menggunakan eye contact bagi menyampaikan emosi. Dari segi perasaan pula, saya mencipta latar belakang sendiri untuk watak Iqbal: hubungan keluarganya, tekanan sosial yang dihadapi, serta sebab di sebalik setiap tindak balasnya. Bagi gaya, saya turut meneliti bagaimana seorang ketua pengawas berjalan, berinteraksi, dan membawa diri di sekolah agar watak itu tampak lebih autentik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

3. Jay sudah pun langkah ke dunia lakonan yang lebih besar. Apakah momen paling besar yang Jay rasa sebagai titik perubahan dalam karier Jay?

Turning point saya sebagai pelakon bermula apabila saya diberi peluang membintangi drama “Puteri Gantian” pada awal tahun 2025. Projek itu menjadi permulaan sebenar untuk saya menguji hasil persediaan selama setahun saya ‘menghilang’ pada 2024. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan hasilnya, dan saya percaya pengalaman itu menjadikan saya lebih matang serta bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam dunia lakonan.

4. Siapakah pelakon atau personaliti yang paling menginspirasi Jay, dalam ataupun luar negara dan apakah nilai daripada mereka yang Jay cuba adaptasi ke dalam diri Jay?

Pelakon yang paling menginspirasikan saya ialah Leonardo DiCaprio dan Kim Soo Hyun. Leonardo merupakan inspirasi pertama yang menimbulkan minat saya untuk berlakon, manakala Kim Soo Hyun pula menjadi contoh bagi saya untuk menjadi pelakon yang berkarisma dan versatil.

5. ⁠Sejak drama Puteri Kelas Atas ditayangkan dan mendapat sambutan, apakah reaksi paling menarik atau tak disangka yang Jay terima daripada penonton atau peminat?

Sejujurnya, selepas PKA, sambutan yang saya terima sangat luar biasa. Saya terharu apabila mendapati peminat dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina mula mengikuti serta memberi komen pada siaran dan live saya di TikTok. Bagi saya, apabila hasil seni saya dihargai hingga ke seberang lautan, ia satu penghormatan besar yang memberi semangat untuk terus berkarya dan berkembang sebagai seorang pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aariz Iskandar (@jayiskandarrr)

6. Jika Jay melihat lima tahun akan datang, apakah yang anda harapkan untuk dicapai? Baik dalam lakonan, kehidupan peribadi atau projek impian?

Dalam bidang lakonan, impian terbesar saya tentunya untuk memenangi anugerah Pelakon Terbaik suatu hari nanti. Saya juga berharap industri seni tanah air akan terus berkembang dan dikenali di peringkat dunia. Setiap lakonan saya, saya mahu ia membawa nilai dan mesej yang bermakna buat penonton.

Untuk projek impian, saya ingin mencabar diri membawa watak yang berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan. Sebagai pendatang baru, saya mahu terus meneroka pelbagai sisi dunia seni. Saya memang cenderung kepada genre rom-com dan action, tetapi saya juga terbuka untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Dari segi kehidupan peribadi, saya ingin menjadi versi diri yang lebih baik, matang, dan grounded.

7. Sebagai individu muda dalam industri, apakah pelajaran terbesar yang Jay pelajari tentang dunia lakonan atau hiburan yang Jay mahu kongsikan?

Pengajaran terbesar yang saya pelajari ialah bahawa kesabaran adalah kunci utama. Seperti yang selalu diingatkan oleh pengurus saya, rezeki takkan pernah salah alamat selagi kita berusaha dan percaya pada diri sendiri. Jangan pernah berputus asa atau merasa diri terlalu lewat atau terlalu awal, kerana setiap orang berjalan pada rentak masing-masing. Bila jatuh, bangkitlah semula — itulah kehidupan. Sentiasalah percaya dan sabar dengan perjalanan rezeki kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aariz Iskandar (@jayiskandarrr)

8. Apakah jenis watak atau projek yang Jay sangat ingin ceburi seterusnya? Mungkin sesuatu yang Jay belum pernah lakukan? Dan apakah cabaran yang Jay rasa paling perlu Jay atasi untuk mencapainya?

Untuk projek akan datang, saya ingin mencuba watak antihero. Walaupun saya gemar membawa watak green flag atau loverboy, saya juga mahu memberikan kelainan dalam setiap naskhah. Cabaran utama adalah untuk memahami sisi gelap dan kompleks watak sebegitu, jadi cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mengkaji karakter tersebut secara mendalam dan terus mengasah kemampuan lakonan saya.

Pautan berkaitan: TEMUBUAL EKSKLUSIF GLAM LELAKI BERSAMA RANGGA, EL PUTRA SARIRA

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN

IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN

Bacaan Lanjut
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
kamal adli uqasha

KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut
zizi kirana

7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN

Bacaan Lanjut