Skip to content

JENNA ORTEGA & ARIANA GRANDE PAMER SOLIDARITI BUAT PALESTIN

JENNA ORTEGA & ARIANA GRANDE PAMER SOLIDARITI BUAT PALESTIN

Kongsikan artikel ini

Dua bintang tersohor Hollywood, Jenna Ortega dan Ariana Grande menunjukkan tanda sokongan buat rakyat Palestin menerusi media sosial mereka.

Jenna memuat naik sekeping foto keluarga Palestin sedang tersenyum gembira berlatarkan alam semula jadi di Rafah buat tatapan 38.3 juta pengikutnya di Instagram.

“Orang ramai berbahas tentang gencatan senjata, pada masa sama beribu kanak-kanak terus dibunuh. Di mana nilai kemanusiaan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

jenna ortega palestin

Foto: Wafa News Agency

Aktres Wednesday itu juga berkongsi pautan derma kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin untuk menggalakkan pengikutnya memberi sumbangan.

Jenna pernah menyatakan sokongannya buat rakyat Palestin pada Disember 2022 yang meraih pujian ramai. Dia menulis, “Kita tidak boleh berputus asa dengan rakyat Ukraine, Yaman, Palestin…”

Pengaruh Kuat Ariana Grande

Selain Jenna, Ariana Grande turut memuat naik pautan derma kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin di Instagram Story miliknya. Menurut laporan, tabung berkenaan berjaya mengumpul tambahan lebih RM188,000 sebaik sahaja penyanyi itu berkongsinya di media sosial.

ariana grande palestin

Foto: Wafa News Agency

Bintang berusia 30 tahun itu juga baru-baru ini menandatangi surat terbuka buat Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menggesa agar gencatan senjata segera dilakukan.

Surat itu juga ditandatangani oleh ramai selebriti terkenal seperti Bella dan Gigi Hadid, Dua Lipa, Drake, Channing Tatum, Florence Pugh, Jennifer Lopez, Ben Affleck, Tom Hardy, Andrew Garfield, Zayn Malik serta Macklemore.

 

Foto: Decider

Pautan berkaitan: THE WEEKND SUMBANG LEBIH RM 9.5 JUTA BUAT GAZA