Skip to content

THE WEEKND SUMBANG LEBIH RM 9.5 JUTA BUAT GAZA

THE WEEKND SUMBANG LEBIH RM 9.5 JUTA BUAT GAZA

Kongsikan artikel ini

The Weeknd atau Abel Tesfaye sekali lagi menunjukkan kemurahan hatinya apabila menyalurkan sumbangan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

Sumbangan berjumlah hampir RM10 juta disalurkan melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund. Ia bertujuan untuk membekalkan makanan iaitu kira-kira 18 juta buku roti buat keluarga yang terjejas.

Sumbangan itu dibuat seiring dengan Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) yang akan menyediakan 1,500 tan metrik tepung gandum sebagai sumber makanan kepada lebih 157,000 rakyat Palestin.

“Dengan kebuluran yang melanda Gaza, sokongan Abel akan memberi kelegaan buat beribu-ribu keluarga Palestin yang terpaksa berlapar setiap hari. Kami amat berterima kasih atas sumbangan, belas kasihan dan sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi untuk WFP dan rakyat Palestin,” kata Pengarah WFP untuk Wilayah Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah Timur, Corinne Fleischer.

The Weeknd

Foto: Reuters

The Weeknd Artis Serba Boleh Nan Dermawan

Ini bukanlah sumbangan pertama The Weeknd buat Gaza. Disember tahun lalu, pemuzik asal Kanada ini turut menyumbang lebih RM11.65 juta, juga melalui organisasi miliknya.

Sumbangan itu dilaporkan mencukupi untuk empat juta bekalan makanan kecemasan kepada penduduk Gaza. WFP memaklumkan ia dapat membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan dan diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.

Corinne Fleischer memuji tindakan The Weekend dan memaklumkan bantuan itu sememangnya sangat diperlukan.

“Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbangan yang sangat bermakna buat rakyat Palestin. Kami berharap Abel menjadi contoh kepada yang lain dalam menyokong usaha kami,” katanya.

Penyanyi berusia 34 tahun ini dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: THE WEEKND DINOBAT ARTIS TERSOHOR DI DUNIA DENGAN DUA REKOD GUINNESS BAHARU

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Must watch June 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2023

Bacaan Lanjut
INGIN ‘DILAHIR’ SEMULA, THE WEEKND UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NAMA PENTAS

INGIN ‘DILAHIR’ SEMULA, THE WEEKND UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NAMA PENTAS

Bacaan Lanjut
THE WEEKND BAKAL IKUT JEJAK LANGKAH KANYE WEST?

THE WEEKND BAKAL IKUT JEJAK LANGKAH KANYE WEST?

Bacaan Lanjut
CAPRICE - DI SEBALIK FIGURA YANG BERJIHAD DENGAN CARA TERSENDIRI

CAPRICE – DI SEBALIK FIGURA YANG BERJIHAD DENGAN CARA TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
SIMON COWELL TARIK DIRI DARIPADA X-FACTOR ISRAEL SEBAGAI TANDA PROTES?

SIMON COWELL TARIK DIRI DARIPADA X-FACTOR ISRAEL SEBAGAI TANDA PROTES?

Bacaan Lanjut