JESSE RUTHERFORD & BILLIE EILISH KINI SEDANG DILAMUN CINTA?
Seorang lagi peminat berkongsi pengalamannya bertentang mata dengan pasangan penyanyi itu di Universal Studios beberapa hari lalu.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Jesse dilihat berjalan mendahului pelantun lagu Happier Than Ever itu sambil memegang tangannya sewaktu keluar dari salah satu tarikan berkonsepkan Halloween.
Abang Billie, Finneas turut kelihatan bersama dalam video tersebut dan kehadiran mereka di taman tema itu disahkan dengan satu hantaran Instagram Story Finneas yang turut menampilkan Jesse.
Walaupun pasangan itu memilih untuk mengunci mulut, baru-baru ini muncul foto mereka dari tahun 2017 yang membuktikan kedua-duanya telah pun mengenali satu sama lain untuk satu jangka masa lama.
Billie sebelum ini pernah menjalin hubungan romantis dengan penyanyi rap Bandon ‘Q’ Adams dan pelakon Matthew Tyler Vorce, manakala Jesse pula bercinta dengan model Devon Lee Carlson selama enam tahun sebelum berpisah pada tahun lalu.

Foto: Daily Mail

Foto: TikTok

Billie Eilish dan Jesse Rutherford pada 2017. Foto: Pinterest
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: EMPAT TAHUN HIDUP SOLO, MICHELE MORRONE TEMUI CINTA BAHARU?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.











