Skip to content

JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS TERUJA SERTAI LARIAN OBOR OLIMPIK PARIS 2024

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah apabila dipilih sebagai pembawa obor dalam acara larian sempena pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Menjadi penyanyi pertama mewakili negaranya Korea Selatan, bintang berusia 32 tahun itu mengetuai acara larian berganti-ganti di Paris, bermula dari Jalan Rivoli ke Carrousel Square di Muzium Louvre.

Jin menyempurnakan acara itu bersama ribuan pelari yang terdiri daripada atlet, angkasawan, mangsa peperangan dan individu penting lain. Sekali gus menyebarkan mesej tentang keamanan dan keharmonian.

Acara yang berlangsung pada hari Ahad, 14 Julai itu mencetus kejutan istimewa buat Jin. Apa tidaknya, peminat setia iaitu ARMY muncul di lokasi dengan sepanduk dan sorakan semangat demi memberi sokongan kepadanya.

jin bts

Sepanjang larian, penyanyi itu dilihat tersenyum lebar sambil melambaikan tangan ke arah peminatnya sebagai tanda penghargaan. Jin berlari hampir 200 meter sebelum menamatkan larian dengan menyerahkan obor di pusat larian obor di muzium.

Jin Bangga Dengan Penglibatannya

Dalam satu temu bual bersama KBS News, Jin berkongsi rasa teruja dengan peluang sekali seumur hidup yang diberikan kepadanya.

“Saya berbesar hari kerana dapat menyertai larian obor pada hari ini. Saya berterima kasih kepada ARMY dan semua peminat yang memberi sokongan sehingga membolehkan saya mengangkat obor pada hari ini,” katanya.

Jin BTS Obor Sukan Olimpik Paris 2024

Nyalaan obor Sukan Olimpik 2024 dimulakan di Greece pada bulan lalu. Ia akan mengelilingi lebih 400 lokasi di Perancis sejauh 12,000 kilometer termasuk Paris sebelum tiba di tapak pembukaan Olimpik di Jardins du Trocadero pada 26 Julai.

Temasya ini akan berlangsung selama dua minggu dari 27 Julai hingga 11 Ogos 2024. Seramai 15,000 atlet daripada 206 negara bertanding dalam 329 acara daripada 32 jenis olahraga.

 

Foto: AP/Reuters

Pautan berkaitan: DI SEBALIK AKSI MENGAIT TOM DALEY DI OLIMPIK, TERSELIT SATU KISAH DUKA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

TOM CRUISE BAWA AKSI ‘MISSION IMPOSSIBLE’ KE MAJLIS PENUTUP OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

14 KERABAT DIRAJA YANG PERNAH BERTANDING DI SUKAN OLIMPIK

Bacaan Lanjut
CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

CELINE DION & LADY GAGA BAKAL HANGATKAN PENTAS SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

JIN BTS CIPTA SEJARAH DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut