JOHNNY DEPP PEROLEH RM16 JUTA DARIPADA JUALAN KOLEKSI KARYA SENI PERTAMANYA
Dalam hanya beberapa jam, bintang Pirates Of The Caribbean itu berjaya meraih hasil jualan yang amat mengejutkan iaitu sebanyak RM16 juta.
Koleksi Johnny memberi tumpuan kepada ‘Friends & Heroes’ termasuk karya stail seni pop Bob Dylan, Keith Richards, Elizabeth Taylor dan Al Pacino.
Menerusi satu siaran media, Castle Fine Art menggambarkan karya pelakon itu sebagai “titik persilangan antara seni pop dan seni jalanan” serta “seni pop yang penuh dengan jiwa”.
“Setiap imej merupakan refleksi intim watak mereka di mata Johnny; gambaran bagaimana mereka mendedahkan diri kepadanya. Daripada rakan baiknya Keith Richards yang menginspirasikan keletah watak terkenal Jack Sparrow, sehinggalah Bob Dylan yang pengaruh kreatifnya terhadap artis dilihat jelas dalam lukisan Johnny,” tambah galeri seni itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP
Ikatan persahabatan yang terjalin antara dua aktor terkenal, Robert Downey Jr dan Johnny Depp tidak perlu diperhebahkan lagi.
5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG
Kebanyakan bintang lelaki Hollywood pernah memiliki rambut panjang sepanjang kerjaya mereka terutama pada tahun 80-an dan 90-an.
JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI
Johnny Depp akan melancarkan ‘pameran pengalaman mendalam’ pertamanya bertajuk A Bunch of Stuff pada bulan Oktober di New York City.
HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN
Artis serba boleh, Johnny Depp nampaknya sudah pun menemui kebahagiaan yang dicari-cari selepas bercerai dengan Amber Heard.
TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT
Tommy Hilfiger meraikan kehadiran musim perayaan akhir tahun dengan acara istimewa di Bangkok, Thailand yang menampilkan bintang-bintang Asia Tenggara seperti Fourth Nattawat, Gemini Norawit, Nani Hirunkit dan ramai lagi.
DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.