JOHNNY SUH NCT DIKRITIK PAPARAZI DI MET GALA 2022
Seorang peminat sempat merakam video penampilan Johnny di karpet merah yang kemudiannya dimuat naik di Twitter. Namun para peminat berasa terkejut apabila mendengar butir bicara seorang paparazi dalam video tersebut.
Dengan persekitaran yang sibuk dan bising, tidak menghairankan jika Johnny tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Justeru apabila penyanyi itu tidak memberi respons kepada permintaan paparazi, “Johnny Suh, di sini, sila pandang ke sebelah sini,” paparazi itu terus menyambung, “Dia tidak faham apa yang saya katakan. F***.”
Andaian bahawa ahli kumpulan NCT itu tidak memahami pemintaannya semata-mata kerana dia berdarah Asia dan tidak memberi respons pantas mencetuskan kemarahan peminat di media sosial.
Ramai menyelarnya sebagai kenyataan berunsur perkauman terutama apabila penyanyi itu sendiri berasal dari Chicago, Amerika Syarikat dan fasih berbahasa Inggeris.
Nctzen or not, anyone can see how disrespectful that reporter/paparazzi was to Johnny. Racism and xenophobia is a problem idols face everytime they go to America
— nr (@214yongss) May 2, 2022
Foto: Sam Keeler
Pautan berkaitan: SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Milan Fashion Week 2024 di kota fesyen Itali kali ini?
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
STRAY KIDS KINI DUTA ASIA TOMMY HILFIGER
Kumpulan yang dianggotai lapan ahli itu dipilih membintangi kempen Musim Luruh 2023 ‘Always Together’.
ALBUM SULUNG V BTS, LAYOVER LAKAR REKOD BAHARU
V BTS mencipta sejarah apabila mendominasi carta muzik popular di seluruh dunia menerusi lagu dan album pertamanya.
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN
Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah peribadi di Spotify sekali gus memecah rekod yang dipegang oleh Harry Styles.
BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU
Walaupun sibuk dengan latihan ketenteraan wajib, BTS terus menghiburkan peminat dengan pelbagai rancangan hebat termasuk dokumentari terbaru.