Skip to content

JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Sedekad berkongsi hidup sebagai suami isteri, perkahwinan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan usahawan, Nina Sabrina Ismail akhirnya menemui titik noktah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jovian memaklumkan dia dan isterinya telah pun bercerai secara baik empat bulan lalu.

“Sesetengah perkahwinan istimewa dan ditakdirkan kekal seumur hidup, tetapi perkahwinan kami istimewa kerana berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

Jovian Mandagie bercerai

Foto: Instagram

“Ogos lalu, kami sepakat menamatkan ikatan perkahwinan yang dibina selama 10 tahun atas sebab yang kami rasakan terbaik. Kami dapati sebagai rakan dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta berbeza yang kini kami hargai.

“Memastikan kebahagiaan Jeanelle kekal menjadi keutamaan kami, dan setakat ini kami telah melakukan yang terbaik. Alhamdulillah. Kasih sayang kami terhadap ibu bapa dan keluarga masing-masing takkan pernah berubah,” tulisnya.

Tambahnya, mereka menerima ketentuan ini dan percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jovian Mandagie & Nina Sabrina Hargai Sokongan Peminat

Power couple yang dikenali dengan tanda pagar #Jovianina itu turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat selama ini. Justeru berasakan berita perceraian mereka harus dikongsi.

“Sepanjang sedekad lalu, anda menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kami. Kami akan sentiasa mengingati momen itu. Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap ia akan berterusan.

“Semalam ketika mengadakan sesi siaran langsung di TikTok, kami tersentuh dengan komen-komen positif tentang kami sebagai pasangan. Jadi kami rasa penting untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.

Jovian mandagie bercerai

Foto: Sinar Plus

“Walaupun berita ini tidak dijangka, percayalah kami berdua dalam keadaan baik. Apa sahaja yang anda lihat di media sosial kami sejak empat bulan lalu adalah benda nyata.

“Kami tidak mungkin akan membenci satu sama lain selepas berkongsi hidup bersama selama hampir sedekad. Terima kasih atas doa dan sokongan anda saat kami memulakan lembaran baru secara berasingan dalam hidup,” tulisnya.

Jovian dan Nina disatukan sebagai suami isteri pada 11 Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

 

Pautan berkaitan: PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

Bacaan Lanjut
12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

Bacaan Lanjut
PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

Bacaan Lanjut
alphamen

ADA APA DENGAN ALPHAMEN? DEBARAN MENANTI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut

TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN

Bacaan Lanjut