JUSTIN THEROUX LAMAR KEKASIH DENGAN CINCIN BERNILAI SENTIMENTAL
Setelah tujuh tahun hidup sendiri, Justin Theroux akhirnya bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hati.
Pelakon dan pembikin filem itu dikhabarkan sudah pun bertunang dengan aktres Nicole Brydon Bloom, namun tarikh sebenar tidak diketahui. Justin dilaporkan melamar bintang Gilded Age itu dengan sebentuk cincin istimewa yang ditempah khas daripada pereka barang kemas Stephanie Gottlieb.
Tanda pertunangan itu menampilkan berlian 4-karat berpotongan zamrud yang disemat pada cincin platinum bertatahkan emas kuning 18-karat. Cincin itu juga mempunyai perincian istimewa: Gabungan batu bulan kelahiran pasangan itu iaitu Peridot (Ogos) dan Aquamarine (Mac) sebagai penyatuan hati mereka. Justin dilahirkan pada bulan Ogos manakala Nicole pada bulan Mac.
Aktor berusia 53 tahun itu memantau secara dekat kerja tangan pereka barang kemas untuk menghidupkan visinya dan memastikan setiap butiran menampilkan sentuhan sentimental dan gayanya yang unik.
Penampilan Terkini Justin Theroux & Nicole Brydon Bloom
Berita pertunangan pasangan ini hangat diperkatakan apabila mereka muncul berpegangan tangan di majlis perasmian Festival Filem Venice beberapa hari lalu. Pada jari manis Nicole, tersemat cincin pertunangan yang mewah dan berkilauan.
“Tahniah Justin Theroux dan Nicole Brydon Bloom atas pertunangan mereka baru-baru ini. Kami teruja kerana berpeluang menghasilkan sebentuk cincin untuk unik buat Nicole,” tulis Stephanie di Instagram.
Pada festival itu, Nicole yang menyarung gaun halter putih daripada Akris menayang cincin pertunangan kala merakam foto bersama tunangnya di karpet merah.
Justin juga tidak kalah bergaya. Dia memilih untuk tampil sedondon dalam blazer krim Zegna yang dipadankan bersama celana hitam. Pasangan itu hadir sempena tayangan filem terbaru lakonan Justin, Beetlejuice Beetlejuice.
Justin dan Nicole membuat penampilan pertama sebagai pasangan kekasih di parti Oscar Vanity Fair pada Mac 2024. Spekulasi percintaan mereka tular pada Ogos 2023 setelah dirakam beraksi mesra di New York City.
Pelakon Leftovers itu pernah berkahwin dengan Jennifer Aniston dari 2015 hingga 2017 selepas melamarnya dengan sebentuk cincin berlian 8-karat berpotongan radiant pada 2012.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL PASANGAN SELEBRITI TERBAIK DI EMMY AWARDS 2024
Selain penampilan individu, gaya power couple di karpet merah Emmy Awards ke-76 turut mencuri perhatian lensa kamera.
PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH
Selepas cuba merahsiakan perhubungan cinta selama dua tahun, Brad Pitt secara rasminya memperkenalkan teman wanitanya kepada umum.
ED WESTWICK & AMY JACKSON DIRAI SEBAGAI SUAMI ISTERI DI ISTANA ITALI ABAD KE-16
Ed Westwick selamat disatukan dengan model dan pelakon, Amy Jackson dalam satu majlis indah yang berlangsung selama tiga hari di Amalfi Coast, Itali.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO
Lima bulan selepas sah bercerai dengan Lisa Bonet, Jason Momoa memperkenalkan teman wanita barunya kepada peminat.
CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG
Percintaan pelakon dan pengarah Pussy Island, Channing Tatum dan Zoe Kravitz nampaknya bakal berakhir di jenjang pelamin.