Skip to content

KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA

KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA

Kongsikan artikel ini
Drama Melayu terbaru Anak-Anak Mafia berada di bawah terbitan Zeel Production dan ditayangkan di platform penstriman Tonton.
Anak-Anak Mafia mengisahkan Andra (lakonan Mierul Aiman), seorang pemuda dari Thailand yang tekad menuntut bela atas kematian ibu bapanya yang dibunuh 24 tahun lalu. Demi menjejak kebenaran dan membalas dendam, Andra menyertai kumpulan gangster berbahaya, Serigala Merah secara rahsia.
Serigala Merah kini diketuai oleh Ice (lakonan Fitri Farok), anak kepada Arie Wijaya. Dia merupakan individu yang dipercayai menjadi dalang di sebalik tragedi hitam dalam hidup Andra. Kumpulan Serigala Merah juga dianggotai oleh Katrina Rafael (Scha Elinnea), Black (Fariz Isqandar) dan Rudy (Zhen Ningg). Diantara cinta, pengkhianatan dan dendam, Andra mendapati dirinya terperangkap dalam permainan emosi dan kuasa yang jauh lebih rumit daripada apa yang pernah dibayangkannya.

#1 Andra – Mierul Aiman

Watak Andra dilakonkan oleh Mierul Aiman, anak kepada salah seorang mangsa kumpulan Serigala Merah. Andra tinggal bersama ibu bapa angkatnya. Mereka ditanggungjawabkan oleh ibu bapa kandung Andra untuk menjaganya. Watak Andra memainkan peranan yang cukup penting dalam drama ini. Muslihat, dendam dan pergaduhan yang dibawa oleh Andra semestinya perlu dinantikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @mierulaiman

#2 Ice Wijaya – Fitri Farok

Ice Wijaya merupakan ketua Serigala Merah, dan anak kepada Arie Wijaya, bekas ketua Serigala Merah. Wataknya dilakonkan oleh Fitri Farok. Sikap barannya datang atas dasar dendam terhadap bapanya yang sering menghukumnya untuk menjadi seorang ‘anak jantan’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fitri Farok (@fitrifarok)

#3 Katrina Rafael – Scha Elinnea

Katrina Rafael dipegang oleh Scha Elinnea sebagai satu-satunya wanita di antara kelima-lima pelapis muda Serigala Merah. Katrina merupakan kekasih kepada Ice Wijaya namun mereka sering dilanda konflik. Dalam masa yang sama, Katrina juga menyimpan perasaan secara rahsia kepada Andra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

#4 Black – Fariz Isqandar

Black merupakan salah seorang ahli Serigala Merah. Dia ialah bekas pesalah juvana yang telah bebas. Kini, Black mengendali kelab malam & sindiket pemerdagangan manusia sebagai ahli Serigala Merah. Perwatakkannya yang gila-gila di dalam drama ini memberi lebih banyak tarikan untuk siri ini. Watak penting ini dibawa oleh pelakon muda yang cukup terkenal, Fariz Isqandar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fariz isqandar (@farizisqandar)

#5 Rudy – Zhen Ningg

Setiap kumpulan, pasti ada yang genius. Sebagai seorang penggodam siber, Rudy juga mempunyai masa silam yang penuh luka akibat bulian. Watak Rudy yang dilakonkan oleh Zhen Ningg juga digambarkan sebagai ‘senyap tetapi berbisa’ dengan kemahirannya yang tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ningg ⚡️ 宁 (@zhen.ningg)

Pautan berkaitan: DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut

NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI

Bacaan Lanjut
duta raya 2026

9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?

Bacaan Lanjut

BARISAN DUTA JENAMA BAJU RAYA BULAN BINTANG 2026

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut