Skip to content

KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025

Kongsikan artikel ini

Tahun 2025 menyaksikan kelahiran bintang-bintang lelaki yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga mempunyai karisma dan gaya tersendiri yang memukau peminat. Dari dunia hiburan, muzik, hingga seni lakon, keenam-enam selebriti ini telah menunjukkan prestasi cemerlang dan menjadi figura yang sangat menonjol dalam industri hiburan tanah air.

#1 Hun Haqeem


Hun Haqeem terus meneguhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon muda yang berbakat. Dengan bakat lakonan yang semulajadi dan kemampuan membawa watak pelbagai genre, nama Hun Haqeem cukup kukuh dalam industri hiburan Malaysia. Terutamanya dalam sepanjang 2025. 2025 juga merupakan tahun yang sibuk buat Hun, di mana dia banyak muncul dalam filem dan drama. Mandul Bukan Pilihan antara drama terbaik lakonan Hun tahun ini. Hun juga tercalon untuk Festival Filem Malaysia 2025 menerusi kategori ‘Pelakon Lelaki Harapan’ menerusi filem Soloz: Game of Life. Dan khabarnya, Hun bakal melancarkan lagu pada tahun depan. Sama-sama kita nantikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

#2 Jazmy Juma


Jazmy Khan bin Juma Khan, juga dikenali sebagai Jazmy Juma atau Jazmy Khan, ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja 2020. Muzik dan personaliti Jazmy membuatkan namanya terus menjadi bualan. Gaya unik serta kehadiran pentas yang memukau menjadikan Jazmy salah seorang ikon muda yang paling menyerlah tahun ini. Jazmy mula menjadi sebutan sejak membintangi drama Nuh dan Nayla bersama Scha Elinnea. Tambah lagi popularitinya apabila mempamerkan lakonan yang berkesan untuk drama Hilang Dalam Rindu. Jazmy nyata membuktikan dia punya potensi yang lebih besar dalam tahun yang akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jazmy juma (@jazmyjuma)

#3 ALPHA


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Nama ALPHA semakin terbukti sebagai salah satu Selebriti Lelaki Paling Menyerlah 2025 berkat gabungan bakat, disiplin dan populariti yang melonjak dalam masa singkat. Bermula sebagai kumpulan yang lahir daripada program realiti, mereka terus mempamerkan kematangan artistik melalui karya hit seperti “P. Ramlee & Saloma”, yang bukan sahaja menunjukkan vokal kuat tetapi juga keberanian mereka bereksperimen dengan genre berbeza selepas debut bertenaga “Mona Lisa (Bang Bang)”. Kejayaan digital dan sokongan fanbase yang semakin kukuh mengangkat nama mereka sebagai fenomena baharu dalam muzik pop lelaki tempatan. Lebih menarik, kemenangan Style’s Choice Award menerusi undian pembaca GLAM Lelaki membuktikan impak mereka bukan sekadar pada muzik, tetapi juga dalam gaya dan personaliti moden. Dengan latihan profesional yang dijalani di Korea serta single baharu yang sangat dinantikan, ALPHA terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon generasi muda.  Kreatif, versatil dan berpotensi besar untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @alphaofficialmy

#4 Qi Razali

Qi Razali terus memikat peminat melalui karya muzik dan penglibatannya dalam dunia hiburan. Baru-baru ini, dia dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Babah, satu pencapaian yang mengukuhkan lagi reputasinya dalam industri. Dengan persona yang karismatik, bakat lakonan mantap, dan dedikasi terhadap seni, Qi kekal relevan dan dihormati di kalangan pengikutnya, menjadikannya salah seorang selebriti lelaki paling menyerlah tahun 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by filempedia (@filempediaofficial)

#5 Shukri Yahaya


Salah satu Selebriti Lelaki Paling Menyerlah 2025 melalui karya, karisma dan relevansi yang tidak pernah pudar, Shukri Yahaya. Kehebatannya sebagai pelakon terserlah menerusi filem terbaharunya, Blood Brothers, yang mencetuskan fenomena tersendiri selepas meraih perhatian besar peminat kerana intensiti lakonan, penghayatan emosi dan penceritaan yang kuat. Pada masa yang sama, Shukri turut memperkukuh pengaruhnya dalam dunia fesyen dan budaya pop apabila dipilih sebagai wajah muka hadapan GLAM Lelaki edisi Julai 2025. Sebuah penghormatan yang hanya diberikan kepada personaliti yang benar-benar memberi impak kepada umum. Gabungan kredibiliti sebagai aktor versatil, pesona natural, profesionalisme tinggi serta kebolehannya yang relevan dalam arus hiburan menjadikan Shukri Yahaya bukan sekadar pelakon berpengalaman, tetapi figura penting yang terus menyerlah dan menjadi tumpuan Malaysia pada tahun 2025.

#6 Fattah Amin

Fattah Amin terus menonjol dalam ruang hiburan dan gaya hidup pada 2025. Melalui gabungan bakat lakonan, pengaruh media dan kisah peribadi yang hangat diperbualkan. Terutamanya selepas perkahwinannya dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September 2025. Satu acara yang mendapat liputan luas dan menjadi topik hangat di media sosial serta kalangan peminat. Tambahan pula, Fattah tampil dalam drama baru Bidaah (2025). Menandakan komitmennya untuk terus aktif dan relevan dalam industri hiburan sekali gus membuktikan bahawa popularitinya bukan semata-mata kerana rupa atau gosip, tetapi hasil konsistensi dan profesionalisme. Dengan imej terkini sebagai seorang suami, bapa dan juga selebriti, perancangan kerjaya matang dan sambutan hangat daripada para peminat, Fattah Amin layak dinobatkan sebagai figura besar lelaki paling menyerlah dan berpengaruh di Malaysia pada tahun ini.

Dari bakat lakonan, muzik, hingga gaya, keenam-enam selebriti ini bukan sahaja menyerlah di pentas hiburan, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda. Tahun 2025 jelas milik mereka yang berjaya mencuri perhatian dengan kreativiti dan keunikan masing-masing.

Artikel Berkaitan: 6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sepi cal g

QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”

Bacaan Lanjut

5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
hun haqeem armani beauty

SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!

Bacaan Lanjut
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN

GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut