Skip to content

KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET

KENALI GL WHO KETIKA ACARA GLAM LELAKI RESET

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki membawa semula segmen untuk anda kenali GL Who yang menjadi pilihan kami ketika acara GLAM Lelaki Reset yang lalu. 

Segmen GL Who yang diperkenalkan sejak era baharu GLAM Lelaki kini beralih ke TikTok. Pada acara GLAM Lelaki Reset pada 7 Mei 2025, pasukan GLAM Lelaki telah memilih beberapa individu yang baru, atau perlu dikenali di dalam industri. Dari pempengaruh ke pereka fesyen serta penata rambut, setiap individu ini mempunyai keunikkan masing-masing di mata GLAM Lelaki. Kenali GL Who yang menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk segmen GL Who ketika acara GLAM Lelaki Reset. Rasa ingin tahu orang ramai terhadap mereka yang mendorong GLAM Lelaki untuk menemubual wajah baru dan lama dalam industri ini. People ask, we serve. 

@glamlelaki_my

Dalam segmen GLWho, GL Team menemubual wajah-wajah baharu atau yang perlu dikenali dalam industri buat anda semua 😼 Shufitri, Zze, Keith, Adline, Shalma Eliana, Hariz Izu dan Salman Sazli menjadi antara yang pertama! #GLAMLelaki #GLAMLelakiReset #NewEra

♬ original sound – GLAM Lelaki – GLAM Lelaki

Soalan-soalan yang ditanya fokus untuk mengenali individu-individu ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, 10 saat diberikan oleh mereka pada akhir video untuk mempromosikan diri mereka. Dengan ini, penonton boleh mengenali mereka dengan cara mereka yang tersendiri.

@glamlelaki_my

Dalam segmen GLWho, GL Team menemubual wajah-wajah baharu atau yang perlu dikenali dalam industri buat anda semua 😼 Mari kenali @Daniel Amin Fleischer @jackgohrr @Afifi Razi @ㅤdan Dikson Mah bersama kami! #GLAMLelaki #GLAMLelakiReset #NewEra

♬ original sound – GLAM Lelaki – GLAM Lelaki

#1 Shufitri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shufitri M. Shukardi (@shufitri)

Kenali GL Who pertama, Shufitri yang merupakan seorang model. Shufitri juga pernah membuat kemunculan di dalam salah satu lembaran fesyen isu Mac 2025 GLAM Lelaki, bersama Steve Yap.

#2 Zze

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝓩𝔃𝓮 (@zze4real)

Zze yang menjadi pertanyaan ramai, juga merupakan seorang model. Buat lembaran fesyen isu Mac 2025 GLAM Lelaki, Zzze juga membuat kemunculan bersama model-model lain.

#3 Keith

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Styling (@keithstyling)

Nama Keith bukanlah baru dalam dunia fesyen dan majalah. Keith merupakan seorang penata rambut yang sudah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Meerqeen, Hun Haqeem, Amelia Henderson dan Alvn.

#4 Shalma Eliana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YANA (@shalmaeliana)

Berlakon, menyanyi serta menulis lagu, segalanya boleh dilakukan oleh gadis molek ini! Shalma Eliana merupakan seorang artis yang cukup versatil dengan bakatnya dalam dunia hiburan.

#5 Hariz Izu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hariz (@harizizu)

Androgini, satu perkataan untuk menggambarkan Hariz Izu. Model dari The Models Lab KL ini cukup terkenal dengan rupa parasnya yang cantik dan unik.

#6 Salman Sazli

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @salmansazli

Cukup pemalu, Salman Sazli merupakan seorang pencipta kandungan dengan lebih 40 ribu pengikut di Instagram. Sleain daripada kandungan travelnya, Salman juga memilik sebuah jenama fesyen baju melayu sendiri, SAEF.

#7 Adline

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝙗 𝙥 𝙚 𝙡 (@adlinezzati)

Adline merupakan seorang pencipta kandungan digital yang cukup tertaik dengan fesyen dan gaya. Selain dari menjadi seorang pencipta kandungan digital, Adline dikatakan cukup berbakat dalam penggayaan. Kenyatan ini disetujui oleh rakan baiknya sendiri, Shalma Eliana.

#8 Dan Fleischer

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Amin Fleischer (@danfleischer)

Our DJ in the house! Selain daripada menjadi seorang DJ di acara GLAM Lelaki Reset, Dan sebenarnya seorang model peragaan dan musician. Selain itu, Dan juga memiliki cafe sendiri, Flint Coffee & Roastery. If multitalented is a person indeed. 

#9 Jack Gohr

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jack Gohr (@jackgohr)

Siapa tidak kenal, wajah kacak yang sering dilihat di acara-acara fesyen dan kecantikkan Malaysia. Jack Gohr merupakan seorang pempengaruh yang seringkali bekerjasama dengan jenama-jenama besar seperti YSL, Emporio Armani, COS, DIOR dan banyak lagi.

#10 Pipi Razi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifi Razi (@pipirazi)

The fashion icon! Cenderung ke arah fesyen dan kesihatan, Pipi Razi merupakan seorang pempengaruh fesyen yang cukup terkenal dalam industri. Dengan penggayaannya yang unik, Pipi semestinya menjadi kesukaan ramai dalam dunia fesyen di Malaysia.

#11 Alia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alia! (@a1iaaa)

Hot and funny, dua perkataan untuk menggambarkan Alia, model unik ini. Siapa sangka, wajah unik dan fesyen ini sebenarnya lucu dan sangat meriah. Extrovert queen! 

#12 Dikson Mah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dikson Mah (@diksonmah)

Pereka fesyen tempatan ini terkenal dengan keunikaan rekaannya. Busana rekaannya cukup terkenal dalam kalangan pencinta fesyen, dan selebriti. Antara yang pernah menggayakan busana rekaannya ialah Yuna, Angel dari Dolla, Janice Low dan ramai lagi.

Pautan Berkaitan: KENALI SIAPA GL WHO PILIHAN GLAM LELAKI

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MARKS & SPENCER MEMPERKENALKAN STOR KONSEP BAHARU PERTAMA DI ASIA

Bacaan Lanjut
Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut
Tommy Hilfiger Malaysia

TOMMY HILFIGER MERAIKAN KOLEKSI FALL 2023 BERSAMA FOURTH NATTAWAT, GEMINI NORAWIT DAN NANI HIRUNKIT

Bacaan Lanjut

25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut