KENALI SIAPA GL WHO PILIHAN GLAM LELAKI
Setiap dua minggu, GLAM Lelaki akan berkongsi seorang individu yang menjadi pertanyaan ramai di segmen GL Who. Individu ini terdiri daripada wajah-wajah dalam industri seperti pelakon, ahli sukan, model dan penyanyi. Setiap dari mereka mempunyai bakat dan rupa yang mampu menawan hati orang ramai. GLAM Lelaki akan berkongsi tujuh GL Who yang menjadi pilihan kami sepanjang era baharu ini.
#1 Sharul Aimy
GL Who yang pertama berasal dari Terengganu dan baru berumur 24 tahun, Sharul Aimy merupakan atlet gimnastik Malaysia. Pada tahun 2024, Sharul berjaya meraih pingat emas pertama buat Malaysia di 2024 Asian Men’s Artistic Gymnastics Championship yang dianjurkan di Uzbekistan. Selain daripada bakat kesukanannya yang fleksibel, Sharul juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen dan sering dijemput ke acara-acara fesyen.
#2 Zarif Ghazzi
Pelakon muda yang baru mencecah umur 21 tahun ini mula dikenali ramai dengan lakonannya dalam drama Khunsa. Baru-baru ini, Zarif menarik perhatian ramai dengan lakonannya di dalam drama Antara Dua Syurga bersama Tracie Sinido dan Nabil Aqil. Wajah kacak Zarif seringkali membuat orang ramai ingin tahu tentang siapa dirinya disebalik lakonan hebatnya, menjadikan dia wajah yang sempurna buat GL Who.
#3 BUS
Diterbangkan khas dari Thailand, BUS terdiri daripada 12 jejaka tampan dan berbakat yang debut pada tahun 2023 melalui rancangan survival 789 Survival. GLAM Lelaki berjaya bertemu dengan tiga ahli mereka, Marckris, Khunpol dan Copper untuk menemubual mereka dalam segmen GL Who. Personaliti yang comel dan riang mereka menarik ramai peminat wanita bukan sahaja di Thailand, malah seluruh dunia. Pada September 2024, BUS melancarkan album mereka bertajuk Liar dan single keenam mereka, Transformer.
#4 Adib Aidil
Mula dikenali sebagai penjual goreng pisang cheese, pemilik Banana Dibs ini juga merupakan seorang juruterbang. Selepas beberapa tahun mengendalikan perniagaan goreng pisang cheese, Adib kini seorang juruterbang di Malaysia Airlines. Ucapan tahniah diberikan kepadanya dari netizen-netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Adib di media sosial.
#5 Hun Haqeem
Pelakon kegemaran Malaysia ini menjadi kesukaan ramai dengan wajah kacak persis pelakon Korea Selatan. Hun Haqeem mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 2019 di dalam drama sulungnya, Cari Aku Di Syurga. Pelakon berasal dari Sarawak ini kemudian mendapat perhatian apabila melakonkan watak Jaafar dalam siri Kampung People. Kini, Hun telah memegang banyak watak besar di dalam drama dan filem lakonannya seperti W: Two Worlds, From Saga With Love 2 dan Soloz: Game of Life.
#6 Aniq Durar
Bermula sebagai anak teater, Aniq Durar sudah berada di dalam industri lebih tujuh tahun. Pada tahun 2023, namanya semakin naik menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta. Wajah kacukkan yang berasal dari Sarawak ini juga terkenal dengan watak Leftenan Miura dari filem sulungnya, Pagari Bulan. Pada tahun 2024, Aniq meraih anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Filem Festival Malaysia ke-33 menerusi filem Pagari Bulan.
#7 Aniq Aqil
Model dengan keunikkan tersendiri ini mempunyai sisi yang lain. Selain daripada bergaya di pentas peragaaan dan mencipta video-video lucu di TikTok, Aniq Aqil sebenarnya mengambil jurusan undang-undang di universiti. Bakat versatilnya ini ialah sesuatu yang amat dihargai di dalam industri. Aniq juga pernah menjadi wajah hadapan majalah-majalah terkenal di Malaysia. Wajahnya juga tidak lekang dari acara-acara fesyen tempatan dan antarabangsa.
Pautan Berkaitan: JAY ISKANDAR, ANAK MUDA PENUH BAKAT DIGILAI RAMAI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.
KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025
6 selebriti lelaki paling menyerlah 2025 yang wajib diketahui! Dari Hun Haqeem hingga Fattah Amin, lihat bakat, karisma & gaya mereka.
ANIQ AQIL, “BERSIKAP BAIK KEPADA SEMUA ORANG, KEKAL RENDAH DIRI.”
Aniq Aqil, yang memulakan kariernya sebagai model komersial dan runway, kini mengembangkan haluan sebagai content creator.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL
Armani Beauty bawa kemewahan dan keanggunan ke tengah kota dengan pelancaran pop-up Armani In The Spotlight, kini berlangsung di Pavilion KL.











