KENALI TENGKU FAHD MUA’ADZAM, ADINDA SULTAN PAHANG YANG TAMPAN & BERPERSONALITI
Mata wanita pasti terpikat dengan ketampanan adinda Sultan Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam.
Tanggal 15 Januari mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam dalam era moden, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.
Ia diumumkan pada satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, Sabtu lalu. Namun yang mencuri tumpuan netizen adalah kelibat adinda baginda, Tengku Fahd Mua’adzam yang rata-rata tertarik dengan ketampanannya.

Foto: MStar
Gambar Tengku Fahd yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah menerima respon serta diulang-kicau beratus kali, memuji ketampanan Tengku Fahd apatah lagi rata-rata baru menyedari akan kewujudannya.
Oleh itu tanpa melengahkan masa, GL berkesempatan untuk menyelidiki 8 fakta menarik tentang Tengku Fahd Mua’adzam.
1. Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, DK merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.

Foto: Portal Diraja Pahang
2. Baru berusia 25 tahun, Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampan Afzan, Kuantan, Pahang.

Foto: http://celotehsaje.com
3. Menurut Wikipedia, baginda baru saja menamatkan pengajiannya di Universiti Princeton, US. Baginda mendapat pendidikan di Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tengku Fahd seterusnya menyambung pelajaran ke United Kingdom. Baginda melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat. (Sumber: mstar via Newsviral)

Foto: Twitter @Kamal Kamaruzaman

Foto: Asia Tatler
4. Menurut sumber Asia Tatler, baginda amat mencintai alam sekitar dan sering meluangkan masa kosongnya dengan aktiviti kebajikan di Pahang. Beliau juga merupakan pengerusi kepada ‘Sultan Ahmad Shah Environment Foundation’. Ini boleh dilihat menerusi gambar di bawah ketika terlibat dalam program Saset Tanam Semula Pokok pada September lalu. Baginda juga merupakan pengasas bersama Saset Foundation.

Foto: Instagram @sasetpahang

Foto: Twitter @jedi_bera
5. Memetik laporan The Star pada 2015, baginda merupakan pengasas bersama Tabung Amanah Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah dengan bondanya Sultanah Kalsom dan juga merupakan pengerusi di TAT Alliance Services Sdn Bhd.
6. Baginda juga pernah membuat kemunculan pada KLFW2018 bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Foto: www.lofficielmalaysia.com
7. Yang pasti, Baginda juga aktif dalam acara-acara kebajikan. Ini boleh dilihat di laman sesawang saset.org.my/, menyaksikan Tengku Fahd sangat gembira dapat mendekati masyarakat setempat.

Foto: https://www.saset.org.my/

Foto: https://www.saset.org.my/
8. Baginda pernah menerima Anugerah Kepimpinan Antarabangsa dalam Pemuliharaan Hutan sempenaMajlis Konvokesyen Universiti Limkokwing (Limkokwing) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Januari 2019
Baca lebih lanjut: KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.