Skip to content

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang. 

Gelombang baharu pelakon lelaki sedang melanda industri hiburan tempatan. Generasi ini bukan sekadar bergantung pada rupa paras, tetapi hadir dengan semangat, bakat dan dedikasi untuk menghidupkan watak dengan kejujuran. Mereka datang daripada latar berbeza. Ada yang bermula sebagai model, pelajar seni, malah ada yang tidak pernah menyangka akan bergelar pelakon. Namun satu yang pasti, mereka kini menjadi wajah segar yang membawa nafas baharu dalam dunia lakonan Malaysia. Inilah tujuh nama yang sedang mencuri perhatian, wajah-wajah muda yang sedang membina legasi mereka di layar.

#1 Afiq Hamidon

Dikenali dengan karisma tenang dan aura matang, Afiq mula mencipta nama selepas membintangi drama Thariq Ridzuwan: His Treasure sebagai watak Tengku Daniel. Dia mula mencuri perhatian setelah menjadi finalis tempat ke-4 dalam program Hero Remaja 2021. Selain minat terhadap lakonan dan dunia seni persembahan, Afiq juga aktif dalam sukan seperti renang dan tinju. Kini membintangi drama bersiri Satu, Dua…Dia?, Afiq meneruskan lagi karier lakonannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afiqi (@afiq_hamidon)

#2 Jay Iskandar

Jay membawa tenaga baharu yang segar dan penuh spontan. Bermula sebagai pelajar undang-undang, Jay terjun ke dunia seni selepas menyertai rancangan Hero Dewi Remaja 2023. Dikenali kerana gaya lakonan yang semula jadi dan versatil, Jay sering menonjol dalam watak yang diberi buatnya. Kini, Jay sedang membintangi drama Puteri Kelas Atas sebagai salah seorang watak utama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aariz Iskandar (@jayiskandarrr)

#3 Zarif Ghazzi

Wajah Zarif Ghazzi mula dikenali menerusi drama popular Seribu Tahun. Zarif mula berlakon selepas tamat SPM dengan tekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam bidang seni. Dia mula dikenali menerusi drama Isteri Halal sebelum terus mencuri perhatian dalam Khunsa, Berbahagi Suami dan Antara Dua Syurga. Wataknya sebagai Dr. Fakhrul dalam drama Seribu Tahun turut menjadi perbualan ramai kerana keberaniannya membawa watak kompleks dan mencabar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZARIFGHAZZI (@zarif_ghaz)

#4 Azri Safix

Azri Safix adalah pelakon muda Malaysia yang mula mencuri perhatian selepas menyertai program pencarian bakat Hero Remaja 2023 sebagai finalis. Dia juga merupakan graduan Diploma Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Azri mempunyai latar belakang kuat dalam teater. Antara projek lakonannya termasuk drama utama seperti Puteri Kelas Atas di mana beliau membawa watak utama Zaid yang berbeza dengan personaliti sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 暗い魂 (@azrisafix_)

#5 Aiman Ameer

Aiman Ameer mula mencuri perhatian selepas menjuarai Hero Dewi Remaja 2023, membuka jalan buatnya ke dunia lakonan selepas meninggalkan kerjaya sebagai pramugara. Anak kelahiran Johor Bahru ini tampil dalam filem sulungnya Strike: Silat Cult Master bersama Azri Safix dan kini semakin dikenali sebagai antara wajah muda berbakat dalam industri hiburan tempatan. Dikenali dengan disiplin dan karisma semula jadinya, Aiman membuktikan bahawa tinggi badan bukan halangan untuk menyerlah di layar, sebaliknya dedikasi dan minat mendalam terhadap seni lakon menjadi kunci utama dalam membina kerjayanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Ameer (@aimanameer)

#6 Razin Qidran

Razin Qidran ialah pelakon muda Malaysia yang kini semakin mendapat perhatian, juga merupakan graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya. Razin mula serius menceburi dunia hiburan selepas tamat pengajian dan terlibat dalam projek-lakonan seperti telefilem Terpaling Drama (Astro Ria) dan drama Anggun Mikayla sebagai watak Asif.
Dia juga muncul di dalam drama Puteri Kelas Atas sebagai watak Tunku Rafeeq bersama barisan pelakon muda lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Razin Qidran (@razinq)

Wajah-wajah muda ini bukan sekadar pelakon, mereka ialah pencerita yang membawa perspektif segar tentang cinta, perjuangan, dan realiti moden. Setiap langkah mereka menggambarkan transformasi dunia lakonan tempatan yang semakin berani dan inklusif. Masa depan industri hiburan Malaysia tampak lebih cerah dengan generasi baharu ini bersedia untuk menulis bab seterusnya dalam sejarah layar tempatan.

Pautan berkaitan: GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ADAM LEE

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF

Bacaan Lanjut