Skip to content

KENALI KHABIB NURMAGOMEDOV, BINTANG BELADIRI MMA ISLAM PERTAMA MEMENANGI UFC

Kongsikan artikel ini

Yang tidak pernah mengenali kini mengaguminya. Yang tidak pernah endah akan asal usulnya kini memujanya. Pertarungan penuh aksi dan emosi UFC yang berlangsung semalam nyata meledakkan nama petarung UFC Rusia, Khabib Nurmagomedov apatah lagi berjaya menundukkan seterunya, Conor McGregor yang dilihat suka melakukan provokasi terhadap Khabib. Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor ditundukkan menerusi 'submission' (kuncian) 'rear naked choke' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Namun apa yang menarik tentang perlawanan semalam adalah pergaduhan luar gelanggang yang tercetus apabila Khabib naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor yang dikatakan mengejek agama dan ayah Khabib. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Dengan memegang rekod kemenangan 27-0, Khabib kini atlet dan petarung UFC paling digeruni. Namun ramai yang tidak tahu asal-usul dan siapakah sebenarnya Khabib Nurmagomedov. GLAM Lelaki, ada perinciannya.

6 of 10

6. Headwear unik yang disarung Khabib setiap kali dia melangkah ke atas pentas diberi nama papakha (sebutan – puh-pah-hah). Secara tradisinya, headwear ini dipakai oleh kaum lelaki di seluruh Caucasus, diperbuat daripada kulit dan bulu domba yang berbulu, kemudian disesuaikan dengan tali asas.

6 of 10

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HEADPHONES WORKOUT TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT

Bacaan Lanjut

PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI

Bacaan Lanjut

3 DRAMA MEERQEEN DENGAN RATING TERTINGGI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?

Bacaan Lanjut