KJ TAWAN GUNUNG KINABALU WALAU SEDANG BERPUASA
Respect! Itu gambaran yang boleh kami singkap dan berikan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berjaya ‘menawan’ Gunung Kinabalu sewaktu Acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan. Ya, buat pengetahuan anda, beberapa bulan saja lagi Sukan Sea ke-29 bakal berlangsung di Kuala Lumpur, dan khabarnya pelbagai persiapan rapi dan aktiviti menarik dijadualkan dan giat dilakukan oleh pelbagai pihak menjelang Sukan Sea.

(Photo credit: twitter.com/khairykj)

Photo credit: BERNAMA

(Photo credit: twitter.com/khairykj)

(Photo credit: twitter.com/khairykj)
Yang menariknya sudah pasti larian obor di sekitar Malaysia yang menyaksikan kegigihan Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin yang berjaya menawan Gunung Kinabalu dengan membawa obor Sukan Sea walaupun berpuasa! Berdasarkan laporan, pendakian yang diketuai Khairy itu menyaksikan penyertaan seramai 24 pendaki dan melibatkan laluan sejauh 4,095.2 meter.

https://twitter.com/twt_hikingMY/status/871508518582460416
Berdasarkan laporan themalaymainonline, KJ memaklumkan pendakian membawa obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman mencabar memandangkan ini adalah kali pertama beliau mendaki gunung itu dan dilakukan ketika bulan puasa. Disamping itu, katanya, pendakian mereka juga begitu signifikan kerana ia dilakukan pada hari ulang tahun memperingati tragedi dan mangsa gempa bumi Sabah yang berlaku dua tahun lepas.
“Saya difahamkan bahawa ada sebahagian keluarga mangsa turut mendaki Gunung Kinabalu pada hari ini dan esok… mungkin ada ruang untuk saya berjumpa keluarga mangsa di Laban Rata nanti untuk bersama-sama memperingati mangsa gempa bumi yang terkorban,” katanya.
Hebat KJ! We salute you!!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











