KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT
Harga Tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur Dipertikai
Walaupun konsert ini telah lama dinantikan peminat, sesetengah pihak mengkritik harga tiketnya yang dikatakan terlalu mahal. Harga yang ditawarkan adalah RM688 (VIP), RM588 (Diamond) dan RM488 (Platinum). Faizal Tahir sendiri mengakui terkejut namun tidak boleh mengulas lanjut kerana semuanya diuruskan oleh pihak penganjur, JioBuddy.
“Saya tak boleh jawab lebih-lebih tentang harga tiket kerana di luar bidang kuasa saya. Semuanya diserahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan dan penganjur kerana mereka juga mengambil kira banyak faktor sebelum memutuskan harga tiket. Kalau hendak tukar semula harga tiket juga bukan satu benda yang bagus sebab sudah dihebahkan. Mungkin ada sedikit salah saya juga sebab tak ambil kisah tentang harga tiket sejak awal sebelum melihat harga yang sudah diletakkan,” jelasnya.

Biarpun berdepan rungutan, bapa kepada tujuh cahaya mata itu berjanji akan memberikan persembahan terbaik. “Konsert ini bukanlah hiburan semata-mata sebaliknya saya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan. Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan sekadar berhibur,” katanya.
Walaupun harga tiketnya menjadi pertikaian, tiket paling mahal iaitu VIP habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam. Penganjur memaklumkan tiket Platinum juga laris dan kini hanya tiket Diamond yang masih dibuka untuk jualan.
Foto: Facebook
Artikel berkaitan: FAIZAL TAHIR UMUM BEREHAT PANJANG DARI INDUSTRI SENI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
SUARA KINI: VOKAL BESAR NADEERA DENGAN JIWA ROMANTIS
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Nadeera, salah seorang daripada penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza.
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











