LEBIH DARIPADA PELAKON: ARENA WAN & KEBERANIAN MEMILIH DIRI SENDIRI
Nama muda yang cukup dikenali, Arena Wan ialah pelakon generasi baharu yang bakal melakar dunia lakonan tempatan.
Arena Wan bukan sekadar nama dalam industri kreatif, dia adalah suara, visi, dan tenaga di sebalik pelbagai projek yang meninggalkan kesan mendalam. Dalam temubual eksklusif ini, Arena Wan berkongsi perjalanan seni dan profesionalnya—daripada cabaran awal, inspirasi yang membentuk karya, hingga pandangan peribadi tentang kreativiti, kehidupan, dan caranya mengekalkan keaslian dalam dunia yang sentiasa berubah. Ini adalah peluang untuk melihat sisi lebih peribadi dan motivasi di sebalik kejayaan Arena Wan.
1. Apa satu perkara tentang diri anda yang sering disalah faham oleh orang, tetapi anda harap mereka tahu?
Orang sering melihat saya sebagai seorang yang sentiasa kuat. Namun hakikatnya, saya sangat sensitif dan beremosi—dan itu bukan satu kelemahan. Dari situlah lahirnya empati, kejujuran dalam bekerja, dan keinginan untuk sentiasa memahami orang lain dengan lebih mendalam.
2. Bagaimana rakan terdekat anda menggambarkan anda dalam tiga perkataan—dan adakah anda setuju?
Berprinsip, penyayang, dan gigih—saya setuju. Kerana apabila saya menyayangi atau mempercayai sesuatu, saya akan memberi sepenuh hati, sepenuh keikhlasan, dan usaha tanpa ragu.
3. Apakah rutin harian kecil yang membuatkan anda kekal grounded dan lebih dekat dengan diri sendiri?
Morning quiet time—tanpa telefon. Sama ada journaling, regangan, atau sekadar duduk diam menikmati teh panas, malah bermain dengan kucing-kucing saya, hahah. Itulah momen untuk check in dengan diri sendiri, sebelum dunia mula menjadi bising.
4. Apakah produk kecantikan yang sentiasa anda bawa, ke mana sahaja anda pergi?
Lip balm atau lip tint — simple, tapi benar-benar lifesaver!
5. Apakah signature kecantikan anda—satu perkara yang membuatkan anda serta-merta berasa yakin?
Kulit yang bersih dan berseri. Bila kulit rasa sihat dan semula jadi, di situlah keyakinan saya paling tinggi—tanpa perlu berlebihan.
6. Apakah langkah kerjaya berani yang pernah anda ambil dan anda banggakan—walaupun ketika itu ia menakutkan?
Berani memilih diri sendiri—berkata tidak pada perkara yang tidak selari, walaupun orang lain mungkin tidak memahami.
7. Apakah yang membuatkan seseorang itu attractive pada pandangan anda—selain rupa paras?
Emotional intelligence. Cara seseorang mendengar, menghormati, dan membuat orang lain rasa selamat—itu sangat menarik bagi saya.
8. Describe ideal date buat anda.
Ringkas tetapi bermakna. Makanan yang sedap, perbualan panjang, gelak tawa, mungkin berjalan santai selepas makan malam—tidak tergesa, hanya kehadiran sepenuhnya.
9. Jika anda boleh melarikan diri selama 48 jam, ke mana anda akan pergi—dan siapa yang akan anda bawa bersama?
Tempat yang tidak sesak—pantai atau ruang yang tenang. Saya akan membawa seseorang yang membenarkan saya menjadi diri sendiri sepenuhnya, tanpa perlu sebarang penjelasan.
10. Dimanakah anda lihat diri anda dalam 10 tahun akan datang?
Secure, fulfilled, dan unapologetically myself. Masih mengejar mimpi, masih berkarya—tetapi dengan hati yang lebih tenang. Bahagia dengan kehidupan yang seimbang, kerjaya yang bermakna, keluarga yang rapat, serta versi diri yang lebih matang, jujur, dan berdamai dengan siapa saya sebenarnya.
Pautan berkaitan:
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ARABELLA ELLEN, GADIS MUDA SEMAKIN MENYERLAH
Di barisan bakat muda yang semakin menyerlah dalam industri hiburan, nama Arabella Ellen terus mencuri perhatian.
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025
Barisan selebriti wanita pada tahun 2025 masing-masing menyerlah dengan cara tersendiri dari segi lakonan, nyanyian, perniagaan serta fesyen.
“TEGAS BILA PERLU, MESRA BILA WAJAR, DAN SPONTAN.” – HAJJAR
GL Girl Crush kali ini membawa Hajjar, seorang pelakon baharu yang sedang membina nama dengan bakat versatilnya dalam dunia hiburann terkini.








