Skip to content

LUAR DAN DALAM DATO’ SETIA AUBRY RAHIM MENNESSON

Kongsikan artikel ini

Figura prolifik ini bukan calang-calang individu terutamanya dalam kelompok high society. Orangnya amat merendah diri dan senang sekali pabila diajak berbual. GLAM Lelaki menyelami luar dalam Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson yang terkini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Light Cibles Malaysia.

Tepat jam 12 tengah hari, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson tiba di studio. Dia punya pesona tersendiri. Aubry melangkah masuk ke studio berkemeja putih, seluar chinos biru sambil menjinjing bagasi keepall Louis Vuitton yang dihiasi initial A.R. That is how a man should make an entrance! Rambutnya disisir kemas dan jambang dicukur rapi. Aubry cukup segak. Dan memanglah tanpa ragu, Aubry punyai aura. Sebelum memulakan sesi penggambaran, kami bersembang tentang Paris yakni kota kelahirannya.

Banyak tentang Paris kami bualkan. Orangnya sangat merendah diri serta mudah didekati. Pertuturannya cukup teratur dan begitu meyakinkan. Sebelum bertemu, Aubry memang tak banyak ragam dan nak berhubung dengannya pun cukup senang. Saya sememangnya sudah mengikuti perjalanan hidup dan kerjaya Aubry sejak dia berkahwin dengan Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Idris lagi. Sejak daripada itu, the whole society adores this couple. Sama cantik, sama padan.


KEPELBAGAIAN BUDAYA

Aubry berasal dari Perancis dan membesar di Paris. Namun, sudah sepuluh tahun Aubry menetap di Malaysia. Kongsi Aubry, dia membesar di Paris bersama keluarga dan pelbagai momen manis dialaminya semasa meningkat remaja. “Setelah beberapa tahun membesar di Paris, kemudiannya barulah saya sedar bahawa hakikatnya saya sangat bertuah. Kerana saya membesar di kawasan berdekatan lokasi ikonik, Champs-Élysées dan tiap kali berjalan ke sekolah, saya akan melihat Eiffel Tower.

Ibu bapa saya minat terhadap bidang seni dan gemar belajar tentang sesuatu budaya. Oleh itu, pada setiap hujung minggu, ibu dan bapa akan membawa kakak dan saya mengunjungi galeri seni, menghadiri acara pembukaan galeri baru, menonton teater dan bersantap di restoran yang baru buka.” Aubry menyambung, “Maka itu, ia telah mempengaruhi minat saya terhadap dunia seni. Dan boleh dianggap seni dan budaya Paris banyak membentuk gaya hidup dan personaliti saya sekarang.” Biarpun Audry banyak meluangkan zaman kanakkanaknya di Paris, dia mengatakan buat masa ini, dia tidaklah merindui Paris dengan melampau. Cuma terkadang-kadang sahaja teringatkan Paris.

Kerana rasa cinta dan sayangnya terhadap Paris sama dengan perasaan menetap di Malaysia. Tanya saya, “What do you miss most about Paris?” Aubry membalas, “I don’t miss Paris that much as I really love it here in Malaysia. Isteri saya lebih rindukan Paris berbanding saya. Haha! Tetapi, ia tak bererti yang saya tak rindukan Paris sama sekali. Momen di Paris yang paling saya rindu ialah kala duduk di teres rumah ketika hangat suasana petang musim panas. Pada saya, teres rumah ibarat ‘taman permainan’ dan ragam ‘people-watching’ merupakan satu seni.” Sememangnya Paris kota yang menakjubkan. Tak kira di mana tempat di bandaraya itu sekali pun, everything is beautiful. Terlalu banyak seni bina ikonik, lokasi bersejarah dan muzium seni ingin dilawati. Sudah tentu, selain melawat muzium dan membeli-belah di Paris, Aubry mencadangkan kala ke Paris jangan lupa mencuba aneka sajian enak ciptaan masyarakat di sana.

MATLAMAT LIGHT CIBLES MALAYSIA

Kata Aubry lagi, perpindahan ke Malaysia telah membuatkannya keluar dari zon selesa. Kejutan budaya yang dialaminya ketika peringkat awal menetap di Malaysia telah banyak mengubah tingkah laku dan cara dia berfikir. Katanya, Aubry sepuluh tahun yang lalu berbeza dengan Aubry hari ini. Lantas saya bertanya, “How different are you, then and now?” Aubry membalas spontan, “I go to bed earlier and my beard is whiter!

Haha! Perpindahan ke sini telah membuatkan saya keluar dari zon selesa serta suatu perubahan positif buat saya. Ia mendidik saya untuk belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang sekeliling dengan cepat.” “Dan tak diduga, saya telah mentransformasikan diri sebagai ‘global citizen’. Sebab saya pernah diberitahu
bahawa saya nyata mencerminkan ciri ‘localised as a Malaysian’. Ia mungkin juga disebabkan mereka melihat saya memiliki pengaruh positif yang kuat terhadap negara Malaysia.”

Aubry menyertai syarikat Light Cibles Malaysia pada penghujung 2011. Yang terkini, Aubry menggalas jawatan Pengarah Urusan Light Cibles Malaysia dan bertindak sebagai tulang belakang syarikat ternama tersebut. Bersama Light Cibles Malaysia, Aubry banyak memimpin pasukannya dan berpeluang bekerjasama dengan ramai individu juga syarikat prominen yang melibatkan projek-projek besar. Light Cibles Malaysia pakar serta menyediakan perkhidmatan membekal rekabentuk pencahayaan, atau lighting design solutions, dan telah mencipta pelbagai bentuk pencahayaan yang gah, bergantung kepada permintaan klien dan jenis projek.

Antara karya hebat ciptaan Light Cibles Malaysia boleh disaksikan di Cathedral of Notre Dame de Paris, Lapangan Terbang Dubai, Hotel Fullerton Singapura, Esplanade Singapura, Resort World Sentosa dan banyak lagi. Light Cibles Malaysia menyediakan semua komponen yang diperlukan untuk pencahayaan sesuatu tempat, serta memberi nasihat untuk memastikan klien mereka mendapat sistem pencahayaan lampu terbaik.

Menurut Aubry setiap projek yang dikendalikan Light Cibles Malaysia memiliki cabaran dan keterujaan berbeza. Dan ia membuatkan Aubry terus komited dan bersungguh untuk terus berkarya. “Setiap projek melibatkan ahli pasukan yang tergolong kumpulan arkitek bertaraf global, juruteknik berpengalaman, pereka hiasan dalaman dan semua yang terlibat memiliki kemahiran dan skil luar biasa. Pada saya, peluang bekerja dengan golongan seperti ini membuatkan saya teruja dan pada masa sama, ia dapat meningkatkan semangat saya. Bertemu dengan mereka yang berbeza pendapat, kemahiran serta berimaginasi tinggi membuatkan saya seronok dapat bekerjasama.”

Teks, Penyelaras, Penata Gaya & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: Emmy Agung Gambar: Raisa Nor Azzam Kerusi: Nostaloft 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut