Skip to content

MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT

MARK ADAM SERTAI GENG PAGI HOT

Kongsikan artikel ini

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam kini menambah satu lagi pekerjaan dalam senarai pengalaman kerjayanya iaitu sebagai penyampai radio.

Berita ini diumumkan sendiri oleh pelantun lagu Marry Me itu di Instagram. Mark ditugaskan untuk segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM bermula semalam.

Mark Adam atau nama penuhnya Fikri Mark Adam Abdullah memanjatkan rasa kesyukuran di atas rezeki dan peluang untuk dirinya melebarkan sayap dalam industri seni tanah air.

“Syukur Alhamdulillah dengan peluang dan rezeki yang diberikan, dalam kerjaya ini saya tahu betapa besarnya tanggungjawab, saya berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk semua, Insya-Allah,” tulisnya di Instagram.

Dia menambah, “Geng jom dengarkan @hotfm976 bersama saya dan @fizie_hotfm. Lebih hangat daripada biasa!”

 

 

Mark digandingkan bersama Fizi setelah Shuib memilih untuk berehat daripada dunia seni selepas berkhidmat dengan stesen radio tersebut selama dua tahun. Dia kini membuat keputusan untuk memberi fokus dalam bidang perniagaan.

Seorang lagi penyampai segmen Geng Pagi Hot, Shuk Sahar masih digantung tugas sejak 25 Januari lalu disebabkan kontroversi rumah tangga. Pihak Hot FM menjelaskan sehingga kini isu tersebut masih dalam perbincangan dan sebarang pengumuman akan dimaklumkan kelak.

Hantaran ini menerima maklum balas positif dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang kini berjumlah 1.6 juta orang.

 

Foto: SalamToday

 

Pautan berkaitan: “TAHUN 2019, LAWAK ‘BODY SHAMING’ INI DAH BOLEH BERHENTI” – ALIF SATAR ULAS ISU BERAT BADAN JADI BAHAN GURAUAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

irfan haris bintang muzik moden

IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA

Bacaan Lanjut

KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?

Bacaan Lanjut

TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA

Bacaan Lanjut

MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR

Bacaan Lanjut

KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI

Bacaan Lanjut

ISA KHAN PELAKON BERBAKAT MESTI KENALI

Bacaan Lanjut