MARK ZUCKERBERG BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA
Pengasas Facebook Inc, Mark Zuckerberg dan isteri, Priscilla Chan, semalam mengumumkan bahawa mereka bakal menimbang cahaya mata kedua, iaitu seorang perempuan tidak lagi. Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Zuckerberg di akaun Facebooknya sendiri. Khabarnya, sebelum ini pasangan itu dikatakan enggan untuk menimang seorang lagi cahaya mata berikutan berdepan masalah ketika proses kehamilan anak pertama mereka yang lahir pada 2015.
“Saya tidak tahu hadiah yang paling baik, selain memberinya seorang adik dan saya gembira kerana Max serta anak kami yang bakal lahir mempunyai satu sama lain,” kata Zuckerberg. Anak pertama mereka, Max, menjadi tumpuan dunia sekitar tahun lalu, selepas Zuckerberg memuat naik gambarnya ketika sedang mengambil suntikan imunisasi, sekali gus mencetuskan perdebatan di Facebook berhubung pengambilan vaksin.
Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama saham Facebook mencecah AS$138.57 (RM616.80), yang meningkatkan jangkaan pertumbuhan dalam pasaran yang lebih bebas. Yang menariknya, Majalah Forbes melaporkan Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$57.8 bilion (RM257.2 bilion). Tahniah Marc!!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERJALANAN PENUH HUBUNGAN BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ
Baru sahaja selesai akad dalam satu majlis intimate Sabtu lalu, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini memulakan babak baru dalam kisah cinta mereka.
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
8 BINTANG K-POP SPOTTED DI F1 GRAND PRIX SINGAPURA 2026
F1 Grand Prix Singapura 2026 bertukar menjadi F1 GP K-Pop dengan kehadiran bintang K-Pop yang memeriahkan lagi acara itu.
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Hantaran istimewa daripada Syed Saddiq buat Bella ialah pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.













