Skip to content

DEKATI MALCOLM WOOD, CO-FOUNDER OF MOTT 32

Kongsikan artikel ini

Malcolm Wood, seorang pengambara yang aktif, juga seorang usahawan berjaya. Mengemari aktiviti-aktiviti lasak dan beradranelin, Malcolm adalah seorang individu yang sentiasa mencabar diri, menolak keupayaanya untuk menjadi lebih baik dari semalam. Dan kini, beliau hadir dengan mengasas bersama sebuah restoran terkenal yang baru saja dibuka di Marina Bay Sands, Singapura pada 24 Januari lalu. GLAM Lelaki berkesempatan untuk menemubual Malcolm dan memintanya bercerita serba sedikit tentang diri dan misinya dalam MOTT 32.

GLAM Lelaki: Pertama sekali, boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda dan begaimana anda melibatkan diri dalam industri ini? Apakah yang menjadi inspirasi anda?

MALCOLM WOOD: Saya dibesarkan dalam keluarga yang amat menyukai makanan dan juga dikelilingi oleh banyak tukang masak yang sangat meminati bidang masakan! Ibu, datuk  dan nenek saya di kedua-dua pihak (saya separuh Cina, separuh Inggeris) amat gemar memasak dan mereka mengajar saya tentang sumber makanan yang bertanggungjawab dan bagaimana untuk menilai hasil yang anda gunakan. Apa yang dipelajari oleh saya selama inilah yang telah memberi inspirasi kepada minat saya terhadap makanan dan oleh kerana ini juga, saya akhirnya berada dalam industri ini.

GLAM Lelaki: Anda juga dikenali sebagai seorang yang suka mengembara, pendaki gunung dan paraglider. Bagaimana anda membahagikan masa di samping jadual yang sangat sibuk?

MALCOLM WOOD: Kuncinya ialah pengurusan dan pembahagian masa yang baik. Saya gemar dengan suasana pagi dan kebiasaannya akan bangun tidur sebelum jam 6 pagi. Saya akan membaca dan memeriksa e-mel sambil bersarapan dan akan membalas semua e-mel pada jam 8 pagi di mana  kebanyakan orang belum lagi berada di meja mereka.

Saya juga sangat bertuah kerana mempunyai pasukan yang sentiasa bersama saya dalam membantu menjalankan operasi harian restoran, lebih-lebih lagi apabila saya sedang menjalankan projek-projek lain yang selalunya di atas gunung dan jauh daripada isyarat wifi!

GLAM Lelaki: Mott 32 ini merupakan cawangan yang ke-5, boleh ceritakan dengan lebih lanjut lagi?

MALCOLM WOOD: Kami sangat teruja untuk membawa Mott 32 ke Marina Bay Sands, Singapura selepas beberapa pembukaan yang berjaya di Hong Kong, Vancouver, Seoul, dan Las Vegas. Kami telah mengumpulkan sesuatu yang sangat istimewa untuk cawangan Singapura kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan semua orang. Sudah pasti, ini merupakan peristiwa yang penting bagi kami sebagai sebuah syarikat!

GLAM Lelaki: Terdapat banyak lagi restoran masakan Cina yang lain, apa yang menariknya dengan Mott 32 di Marina Bay Sands ini?

MALCOLM WOOD: Kami percaya gabungan reka bentuk yang hebat, menu masakan Cina yang sangat baik dan program mixology menarik tidak wujud di tempat lain – kombinasi inilah yang menjadikan Mott 32 begitu istimewa! Ia mempunyai identiti uniknya yang tersendiri dalam menginterpretasikan tradisi melalui masakan yang berinovatif serta program bar yang menyerlah.

Kami mencabar diri kami dengan mewujudkan konsep baru dan naratif yang kreatif dengan setiap rekaan Mott 32. Reka bentuk setiap lokasi menceritakan kisah mendalam mengenai pertemuan Timur dan Barat yang dicampurkan dengan reka bentuk industri New York serta Cina klasik, namun masih memaparkan personaliti tempatan yang tersendiri dan unik.

Bagi Mott 32 di Marina Bay Sands Singapura, kami banyak mengambil inspirasi dari botani di bandar ini. Di dalam restoran, kita dapat lihat elemen-elemen dedaunan dan flora dari Joyce Wang Studio yang diinterpretasikan melalui ilustrasi di latar belakang chinoiserie, terrazzo hitam dan hijau yang melapisi lantai, dan tanglung tangan yang digantung di sepanjang perimeter bar di tengah-tengah dinding hijau yang tinggi. Kami sangat percaya lokasi baru ini akan memberi kelainan pada pemandangan tempat makan Singapura dan menawarkan pengalaman santapan dramatik lain dari yang lain.

GLAM Lelaki: Terdapat sajian istimewa yang boleh anda kongsikan?

MALCOLM WOOD: Kami telah memasukkan hidangan istimewa kami dari menu Mott 32 yang asli di menu Singapura ini, termasuk Apple Wood Roasted Peking Duck with Mott 32’s “Signature Cut”,  the Signature Smoked Black Cod dan juga Crispy Triple Cooked Wagyu Beef Short Ribs

Bagi menu-menu yang lain, kami masih dalam fasa pembangunan, menguji hidangan dan ini akan berterusan sehingga hari pembukaan. Walau bagaimanapun, anda pasti dapat melihat lebih banyak hidangan makanan laut berbanding dengan cawangan Mott 32 yang lain kerana kita tahu rakyat Singapura benar-benar suka makanan laut!

GLAM Lelaki: Anda pernah melawat Kuala Lumpur? Apa pendapat anda tentang industri F&B di sini?

MALCOLM WOOD: Ya, sudah tentu! Perkara terbaik mengenai F&B di Kuala Lumpur adalah makanan jalanan dan pasar malam yang luar biasa! Ia sangat menarik dengan campuran pengaruh dari masakan India, Cina dan Indonesia. Ia juga mempunyai pemandangan bar yang sangat cantik  – bartender di Jungle Bird juga ada menyediakan hidangan yang menarik.

GLAM Lelaki: Apakah nasihat anda kepada para pembaca di luar sana yang mempunyai impian untuk menceburi bidang perniagaan restoran mereka sendiri?

MALCOLM WOOD: Ini semua tentang membina hubungan yang tulus dengan pelanggan anda, dan cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan memperlihatkan kepada mereka bahawa anda mengambil berat dengan jenis produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Ia sangat mudah, dalam hal tertentu – pastikan anda menggunakan ramuan terbaik, teknik yang masakan asli dan memeberikan layanan yang datangya dari hati yang ikhlas, dan saya pasti pelanggan akan menghargai usaha anda!

Juga, pastikan anda mempunyai kewangan yang kukuh terlebih dahulu sebelum berbuat apa-apa. Saya selalu berkata, kreativiti bermula dengan kertas kerja. Kita seringkali terbawa-bawa dengan konsep yang menarik, atau mengupah seorang tukang masak untuk mencipta menu yang gila-gila. Ya ini sebenarnya bagus, tetapi jangan buat apa-apa sebelum anda tahu kos yang diperlukan. Ia bukan bahagian paling seksi dalam bisnes restoran, tetapi ia yang paling penting.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERGELAR GRADUAN HARVARD

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERGELAR GRADUAN HARVARD

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut
KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

KEPULANGAN ZLATAN IBRAHIMOVIC KE SKUAD KEBANGSAAN SWEDEN DIIRINGI AIR MATA

Bacaan Lanjut
“SAYA KELIRU!” - LAKEITH STANFIELD PEGANG WATAK UTAMA, NAMUN TERCALON SEBAGAI PELAKON PEMBANTU

“SAYA KELIRU!” – LAKEITH STANFIELD MAIN WATAK UTAMA, NAMUN TERCALON SEBAGAI PELAKON PEMBANTU

Bacaan Lanjut
JUVENTUS VS MANCHESTER UNITED: MASA DEPAN CRISTIANO RONALDO MENJADI TANDA TANYA

JUVENTUS VS MANCHESTER UNITED: MASA DEPAN CRISTIANO RONALDO MENJADI TANDA TANYA

Bacaan Lanjut
NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

Bacaan Lanjut