Skip to content

‘MERIAH LAIN MACAM’, LAGU RAYA TERBAIK 2025? GLAM LELAKI INTERVIU PENYANYI & PENCIPTA LAGU ‘MERIAH LAIN MACAM’ SENDIRI, HAEL HUSAINI.

Kongsikan artikel ini

Sejak lagu raya nyanyian Hael Husaini dan Nadeera berjudul ‘Meriah Lain Macam’ dilancarkan, ternyata menjadi siulan ramai dan menjadi pilihan semua. Dan setakat ini, lagu itu telah berjaya meraih 3.5 juta tontonan di YouTube. 

BAGAIMANAKAH HAEL MENDAPAT ILHAM UNTUK MENCIPTA LAGU RAYA ‘MERIAH LAIN MACAM’?

Meriah Lain Macam (MLM) ini kami bayangkan tentang ragam-ragam pasangan kekasih beraya ataupun suami-isteri di malam raya. Kalau lihat dari komen-komen pendengar, rata-rata memang dapat kaitkan dengan kisah dan pengalaman mereka. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

KONGSIKAN SEDIKIT PENGALAMAN MERAKAM LAGU INI?

Sebenarnya lagu (MLM) ini adalah projek last minute. Pada awalnya saya telah menolak pelawaan dari pihak pengurusan untuk menghasilkan lagu raya tahun ini kerana pada masa itu saya agak sibuk dengan persiapan minggu fesyen di eropah dan juga Anugerah Juara Lagu yang ke-39. Suatu malam ketika sedang sibuk di studio, saya dan Iqie Hugh sedang melakukan persiapan terakhir untuk AJL 39 kerana keesokannya saya perlu ke eropah selama tiga minggu. 

Secara spontan kami curi masa cuba juga buat ‘demo’ untuk lagu MLM ini dan hubungi Nadeera untuk datang ke studio untuk rakaman suara. Nadeera pula memang sangat dedikasi bila bab kerja walaupun lewat malam dan agak tergesa-gesa. Akhirnya demo lagu MLM ini siap dan kami terus hantar ke pihak pengurusan untuk dinilai. Alhamdulillah semua pihak yang terlibat dalam penilaian demo ini terima dan mahu ianya direalisasikan. 

MENGAPA MEMILIH NADEERA SEBAGAI RAKAN DUET?

Sebenarnya pihak pengurusan yang mahukan saya dan Nadeera sebagai penyanyi untuk lagu duet ini. Saya pula sebagai seorang yang sangat mengagumi bakat Nadeera memang merasakan beliau adalah pilihan yang tepat untuk projek ini. Kerja dengan Nadeera sangat mudah, beliau sangat profesional dan mudah untuk berbincang. 

PERASAAN HAEL APABILA MENDAPAT TAHU LAGU INI MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN?

Saya sangat bersyukur dan terharu. Sejujurnya untuk mengeluarkan lagu raya baharu, cabarannya bukan calang-calang. Pendengar lebih cenderung dengan lagu-lagu klasik dan nostalgia. Namun, saya lihat kebelakangan ini pendengar lebih bersikap terbuka dan menyokong karya-karya baharu anak seni dalam penghasilan lagu raya. Satu perkembangan yang sangat positif untuk industri seni muzik. 

TOP 3 LAGU RAYA PILIHAN HAEL?

Sangat banyak sebenarnya. Saya nyatakan tiga diantaranya iaitu:

  • Balik Kampung (Allahyarham Sudirman)
  • Anugerah Aidilfitri (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  • Jodoh Hari Raya (Dayang Nurfaizah)

PLAN ATAU PERSIAPAN RAYA TAHUN INI?

Saya sememangnya seorang yang bersederhana dalam menyambut hari raya. Selalunya cukup satu persalinan baju melayu untuk raya pertama. Juadah pula wajib ada tart nenas dan rendang minang. Selebihnya, saya lebih teruja untuk mengisi masa bersama keluarga di kampung. 

UCAPAN RAYA BUAT PEMINAT?

Kepada semua penyokong saya, selamat menyambut hari lebaran yang mulia ini. Saya memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dari saya kepada kalian selama ini. Semoga kita berbahagia menyambut hari raya ini bersama keluarga dan orang–orang tersayang. 

Artikel berkaitan: 5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LAGU RAYA TERBAIK HAEL HUSAINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
15 LAGU RAYA 2025 TERBAIK UNTUK ANDA LAYAN MENJELANG SYAWAL

15 LAGU RAYA 2025 TERBAIK UNTUK ANDA LAYAN MENJELANG SYAWAL

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

8 ETIKET MEMILIH SONGKOK YANG SEMPURNA DI HARI RAYA

Bacaan Lanjut

KENALI 10 WAJAH EKSKLUSIF RAYA 2025

Bacaan Lanjut