MILES TELLER DISERANG KETIKA BERCUTI DI HAWAII
Pelakon Flag Day, Miles Teller dikatakan diserang dua lelaki tidak dikenali ketika bercuti bersama isterinya, Keleigh Sperry di Maui, Hawaii.
Beberapa hari lalu, TMZ melaporkan Miles ditumbuk di bahagian wajah namun jelas isterinya menerusi satu hantaran di media sosial, kenyataan tersebut tidak benar.
“Artikel daripada TMZ yang menyatakan bahawa Miles ditumbuk di muka disebabkan isu duit tidak benar sama sekali,” tulis Keleigh menerusi Instagram Story.
“Miles diserang oleh dua lelaki tidak dikenali selepas mereka mengurungnya di dalam bilik air. Ternyata penjenayah ini telah melakukan serangan terhadap ramai orang dan kami hargai sokongan anda, Maui. Ia kini di bawah siasatan jenayah.”
Kenyataan Keleigh itu dikongsi semula oleh pelakon Shailene Woodley yang turut bercuti bersama pasangan itu di samping tunangnya, Aaron Rodgers.

Foto: Reliableuk
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
4 ATLET SELEBRITI YANG MENGAMALKAN DIET KESIHATAN PELIK
Atlet tersohor ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD
Tahukah anda Tom Cruise pernah ditawarkan watak fantasi ikonik daripada filem popular, "Edward Scissorhands" yang pernah dipopularkan oleh Johnny Depp?
EZRA MILLER BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 26 TAHUN
Ezra Miller mengakui tidak bersalah atas pertuduhan pecah rumah dan rompakan kecil ketika dibicarakan di Mahkamah Tinggi Bennington, Vermont.
EZRA MILLER ‘THE FLASH’ DITANGKAP DI HAWAII
Ezra Miller ditahan di Hilo, Hawaii, kerana memaki hamun pelanggan, mengganggu set karaoke dan menerjang seorang lelaki bermain dart.