Skip to content

#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

MK K-CLIQUE BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JUMAAT INI?

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Spekulasi Perkahwinan MK K-Clique

Khabar angin mengenai perkahwinan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah beberapa kali tular di media sosial. Pada awal Februari 2022, tercetusnya huru-hara di kalangan peminat wanita apabila fotonya memakai baju Melayu berwarna putih dikongsi di Instagram. Peminat akhirnya menarik lafas lega apabila mendapat tahu ia adalah dirakam sewaktu penggambaran 7 Minggu Sebelum Kahwin, lakonannya bersama Nora Danish.

MK K-Clique

Foto: MY TV

Sembilan bulan kemudian, netizen sekali lagi dikejutkan dengan foto penyanyi itu bersama Nabila Razali yang menyarung baju pengantin berwarna putih. Bagaimanapun ia sekadar gimik untuk lagu terbaru Nabila berjudul Aku Terluka, kesinambungan lagu Peluang Kedua yang dilancarkan pada 2022.

Bulan lalu, tular pula sebuah video di TikTok yang menunjukkan penyanyi berusia 26 tahun itu melafazkan akad nikah. Ramai menyangka MK telah selamat bergelar suami, namun hakikatnya dia diminta memberi demonstrasi akad nikah sewaktu menghadiri kursus kahwin. Walau tidak membuat pengumuman, peminat mendakwa MK dan bakal suri hatinya itu telah pun mengikat tali pertunangan beberapa bulan lalu.

@mista_bryan801

Kursus kahwin satu kelas dengan MK 😂 hilang ngntok tengok MK 🤣 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #MK

♬ original sound – Mista Bryan – Mista Bryan

 

Pautan berkaitan: “DAH BOLEH KAHWIN!” – BEN AMIR SEDIA BERGELAR SUAMI

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

Bacaan Lanjut
Dini Schatzmann

“SAYA SUDAH SEDIA UNTUK BERKELUARGA.” – DINI SCHATZMANN, GLAM LELAKI NOVEMBER 2023

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

NOH SALLEH KEMBALI BERGELAR SUAMI SEPTEMBER INI

Bacaan Lanjut
2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut