Skip to content

NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

NICK JONAS PUJI BTS, PEMINAT PULA YANG TERUJA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

BTS atau juga dikenali sebagai Bangtan Boys telah menggegarkan industri antarabangsa dengan muzik yang hebat beberapa tahun kebelakangan ini.

BTS yang dianggotai oleh tujuh ahli ini bukan sahaja berjaya mencuri hati peminat K-Pop di seluruh dunia, malah juga selebriti secara global.

Walaupun bakat mereka dihargai oleh nama-nama besar dalam industri, namun pujian daripada penyanyi terkenal yang mempunyai latar belakang sama dengan mereka (ada kumpulan sendiri) pasti lebih mengujakan dan mampu meningkatkan keyakinan mereka.

 

Foto: MTV

 

Nick Jonas, penyanyi, penerbit lagu dan ahli Jonas Brothers berkongsi pendapatnya mengenai kumpulan dari Korea Selatan itu ketika mempromosikan abum terbaharu, Spaceman dalam satu rancangan radio baru-baru ini.

Menerusi temu ramah tersebut, Jonas berbicara memuji ikatan yang terjalin di antara mereka sebagai sebuah kumpulan. Dia mengagumi kebebasan menghasilkan muzik yang dimiliki BTS, menyatakan ia sesuatu yang jarang berlaku dan biasanya itulah yang menjadi punca perpecahan sesebuah kumpulan.

“Melihat mereka tampil dengan lagu solo kemudian kembali menyanyi sebagai sebuah kumpulan adalah sesuatu yang hebat,” katanya.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!

COMEBACK K-POP SEPANJANG SEPTEMBER 2026 ANDA PATUT NANTIKAN!

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, 'BIIIG' SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

Bacaan Lanjut