Skip to content

NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

NOH SALLEH BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Sembilan bulan hidup solo, Noh Salleh akan menjejakkan kaki ke jenjang pelamin buat kali kedua tidak lama lagi.

Dalam bulan Syawal mulia, Noh Salleh dilaporkan telah mengikat pertunangan dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa. Majlis berlangsung secara tertutup di kediaman wanita itu di Putra Heights Subang Jaya pada 6 Mei lalu.

Pada majlis pertunangan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat, pasangan sama cantik sama padan itu menggayakan persalinan serba hitam. Menurut laporan Kosmo, ahli keluarga Noh Salleh datang dari Kuching, Sarawak membawa rombongan meminang sekali gus menghadiri rumah terbuka anjuran keluarga Fatin Athirah.

Foto: HMetro

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat. Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang, majlis pertunangan sudah selesai tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” jelas sumber terdekat.

Fatin Athirah merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Dia kini bekerja sebagai peguam. Bakal suri hati vokalis kumpulan Hujan itu dikatakan mempunyai minat dalam bidang muzik selain boleh menyanyi dan bermain gitar.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKIGL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
style hero

SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?

Bacaan Lanjut
SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH

Bacaan Lanjut
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Bacaan Lanjut

TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Bacaan Lanjut