PATUNG LILIN DWAYNE JOHNSON & ENAM LAGI SELEBRITI YANG DIANGGAP GAGAL
Penghasilan patung lilin selebriti memerlukan masa, tenaga dan ketekunan yang tinggi.
Justeru apabila hasil akhir patung lilin tidak seperti yang diingini, ia nyata mengecewakan pengukir apatah lagi peminat di seluruh dunia.
Tidak dinafikan kebanyakannya dihasilkan dengan ketepatan mengagumkan namun ada juga yang tidak menepati ciri-ciri sebenar selebriti yang diukir.
Semak beberapa patung lilin selebriti terkenal yang bukan sahaja gagal tetapi juga mengerikan
Dwayne Johnson
Baru-baru ini sebuah muzium di Paris, Musee Grevin mendedahkan patung lilin terbaru Dwayne Johnson aka The Rock. Malangnya ia jauh berbeza daripada rupa sebenar aktor itu. Kulitnya terlalu cerah, langsung tidak mencerminkan penampilan fizikal Dwayne yang berdarah Samoa. Menurut netizen, ia lebih menyamai pelakon Vin Diesel dan personaliti TV Steve Wilkos. Di Instagram, Dwayne sendiri mencadangkan agar beberapa perubahan dibuat terutama pada warna kulitnya.
Billie Eilish
Pada 2021 Hollywood Wax Museum mendedahkan patung Billie Eilish yang diinspirasikan daripada gaya karpet merah Oscar 2020. Ia dengan pantas menerima kritikan netizen di media sosial kerana dikatakan tidak menyerupai Billie. Walaupun beberapa elemen seperti rambut dan kuku dilihat menyerupai penyanyi itu, namun wajahnya dianggap ‘jauh panggang dari api’.
Julia Roberts
Beberapa hari sebelum Julia Roberts memenangi Oscar 2001 untuk kategori pelakon wanita terbaik menerusi filem Erin Brockovich, sebuah patung lilin dicipta untuk mengabadikan momen tersebut. Walau berusia 30-an ketika itu, patung yang dihasilkan kelihatan lebih tua dengan ekspresi wajah menakutkan. Malah gaya rambutnya juga tidak tepat apabila Julia memilih untuk tampil ke anugerah Oscar ke-73 dengan dandanan lurus.
Justin Timberlake
Patung lilin Justin Timberlake yang dipersembahkan pada April 2014 ini kelihatan sangat berbeza dengan rupa paras sebenar penyanyi itu. Gaya senyuman dan kening yang diangkat tinggi membuatkan figura itu kelihatan menyeramkan.
Jennifer Lopez
Sebelum mendedahkan patung ini, Madame Tussauds mempersembahkan beberapa arca Jennifer Lopez pada usia berbeza. Salah satu yang paling menyerupai penyanyi itu dipertontonkan kepada umum pada 2014, namun yang ini dianggap gagal kerana tidak kelihatan seperti JLo.
Michael Jackson
Patung ini diinspirasikan daripada penampilan Michael Jackson dalam video muzik Bad yang dilancarkan pada 1987. Walau pakaiannya sepadan, reaksi wajahnya langsung tidak menyerupai penyanyi itu malah kelihatan mengerikan.
Emilia Clarke
Kala siri popular Game Of Thrones menghampiri musim akhir, Muzium Lilin Kebangsaan Dublin mempersembahkan patung Emilia Clarke yang diinspirasikan daripada wataknya sebagai Daenerys Targaryen. Walau dandanan rambutnya hampir sama, keiningnya dikritik kerana terlalu tebal dan gelap. Bentuk dan warna matanya juga berbeza daripada ciri asal pelakon itu.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: PENGHORMATAN MADAME TUSSAUDS BUAT DATUK LEE CHONG WEI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera dan Puteri Wales yang dikategorikan sebagai gagal.
PATUNG LILIN RIHANNA DIABADIKAN DI MADAME TUSSAUDS
Selepas setahun diabadikan dalam bentuk patung marmar di Met Gala, Rihanna menerima satu lagi pengiktirafan istimewa - kali ini daripada Madame Tussauds.
DATUK LEE CHONG WEI ATLET MALAYSIA PERTAMA MENGHIASI MADAME TUSSAUDS
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima pengiktirafan istimewa apabila diabadikan dalam bentuk patung lilin di Madame Tussauds.
6 PATUNG LILIN SELEBRITI TERBURUK DALAM SEJARAH
Kebanyakan patung lilin dihasilkan dengan ketepatan mengagumkan namun ada juga yang tidak menepati ciri sebenar selebriti yang diukir.