Skip to content

PELANTUN ‘JANUARI’, GLENN FREDLY MENINGGAL DUNIA

Kongsikan artikel ini

“Kasihku, sampai di sini kisah kita….usah tangisi keadaannya.” Ya, itulah bibit-bibit lagu Januari nyanyian penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly yang pernah popular suatu ketika dahulu. Dan semuanya kini tinggal kenangan apabila semalam media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia sekitar pukul 6 petang.

Menurut sumber Antara News, penyanyi yang berusia 44 tahun itu dikhabarkan meninggal dunia akibat penyakit meningitis atau radang otak selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di rumah sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan. Berita sedih itu dimaklumkan rakan seperjuangan Glenn, Tompi. “Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini. Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua.”

Glenn meninggalkan isteri, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang dilahirkan pada Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo yang dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975 mencipta nama di Malaysia menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Salam takziah. RIP Glenn! (Sumber: Berita Harian, Mstar)

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut