Skip to content

PELUK ISLAM, AKHIRNYA HIDAYAH MENEMUI LAPAN SELEBRITI INI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki senaraikan beberapa selebriti Malaysia yang telah berhijrah dan peluk agama Islam.

Selasa lalu, dunia hiburan digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun memeluk agama Islam. Pengakuan masuk Islam itu dibuat menerusi akaun sosial media miliknya dan kebanyakan netizen memberikan kata semangat kepada pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu.

Michael Ang membuat pengakuan tersebut kerana tidak mahu netizen terus bertanyakan mengenai status agamanya. Status agamanya menjadi tanda tanya sejak tahun lalu apabila dia berkongsikan pengalaman berpuasa pada bulan Ramadan.

Berikutan dengan penghijrahan Michael Ang kepada agama Islam, GLAM Lelaki senaraikan beberapa selebriti Malaysia lain yang telah berhijrah dan peluk agama Islam.

 

1. ADAM CORRIE

Adam Corrie sememangnya terkenal dengan watak gangster yang dipegangnya dalam filem KL Gangster. Dilahirkan dari keluarga beragama Buddha, sebelum memeluk Islam, Adam mengaku bahawa dia adalah seorang atheis, iaitu seseorang yang tidak mempercayai Tuhan. Hidupnya mula rasa kosong dan tiada pengangan hidup. Oleh itu, dia mula mencari kebenaran dan akhirnya dipertemukan dengan Islam. Pada 13 Julai 2007, dia telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.

 

2. MARSHA MILAN LONDOH

Selebriti kelahiran Sabah ini masih menggunakan nama asalnya selepas dia memeluk agama Islam pada tahun 2015. Dia telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

 

3. STACY ANAM

Isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad dan penyanyi pop, Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy telah memeluk agama Islam pada tahun 2015. Selepas memeluk Islam, Stacy mengesahkan nama Islamnya adalah Ummu Shaikhah Stacy Anam. Dia telah berkahwin dengan Akim, yang juga penyanyi utama Akim and The Majistret pada tahun 2016.

 

4. FELIXIA YEAP

Namanya pernah menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Bekas model majalah Playboy ini membuat keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 2014 namun dia sudah mula bertudung pada Disember 2013. Pada tahun 2015, dia telah mendirikan rumah tangga da nama Islamnya adalah Raisyyah Rania Yeap.

 

 

5. ANUAR CHEW KIM WAH

Anuar Chew Kim Wah adalah antara pelakon Cina yang sangat terkenal di Malaysia. Dia juga turut membintangi beberapa filem dan drama Melayu. Pada tahun 2013, dia telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.

 

 

6. DAPHNE IKING

Pengacara terkenal, Daphne Iking telah memeluk Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking. Dia juga adalah isteri kepada ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman. Menurut Daphne, dia membuat keputusan untuk memeluk agama Islam selepas melawat Taj Mahal di India.

 

7. MARION COUNTER

Selebriti kacukan Portugis- Inggeris- Cina ini telah memeluk agama Islam pada 2010. Dia adalah isteri kepada usahawan terkenal, SM Nasadurdin SM Nasimuddin.

 

8. PUAN SRI TIARA JACQUELINA

Tiara Jacquelina telah memeluk agama Islam pada tahun 1993.

 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mei 2019 (Sumber: HerInspirasi.com / Remaja)

 

Baca lebih lanjut: 35 FOTO SELEBRITI MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut