Skip to content

PENANTIAN 11 TAHUN DATO’ CT BERAKHIR & INI HARAPAN DATUK K

Kongsikan artikel ini

Umpama berita baik buat semua rakyat Malaysia, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya disahkan hamil. Pengumuman itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurutnya, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.

Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.50 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut yang nyata sudah boleh diagak oleh netizen.

Berdasarkan laporan Harian Metro, ini pula harapan suami kepada Dato’ Siti, Datuk Khalid. “Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula,” katanya.

(Photo credit: Instagram @galeriariani)

Oleh itu, sama-sama kita mendoakan kandungan Dato Siti dipelihara agar semuanya selamat-selamat saja.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 Oktober 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut