PENYATUAN SEMULA FAIZAL TAHIR & MIRWANA MENERUSI AKU TANPA CINTAMU 2021
Sejak akhir-akhir ini pelbagai usaha dilakukan oleh penggiat seni untuk mengangkat semula genre nasyid dalam industri, justeru kumpulan ini mengakui tidak mahu ketinggalan melakukan perkara sama.
Lagu Aku Tanpa CintaMu merupakan karya oleh Mujahid Abdul Wahab manakala susunan muzik versi 2021 pula digubah oleh Adib Hussin dan Faizal sendiri. Ia mengangkat tema penderaan kanak-kanak.
“Isu penderaan adalah satu gejala dan tragedi yang mesti diberi perhatian serius oleh semua. Mudah-mudahan menjadi asbab hidayah Allah agar menyentuh hati dan jiwa masyarakat,” jelas Hafiz, ahli Mirwana.
Aku Tanpa CintaMu 2021 diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar. Ia tersedia dalam semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox sejak 9 April lalu.
Video muzik rasmi pula telah dilancarkan menerusi saluran YouTube Faizal Tahir semalam.
Pautan berkaitan: VIDEO MUZIK ‘SEJATI’ FAIZAL TAHIR BIKIN SEBAK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
ALASAN MENGAPA SABHI SADDI NEKAD TINGGALKAN INDUSTRI HIBURAN
Tiada angin tiada ribut, Sabhi Saddi meluahkan hasratnya untuk bersara selepas lebih sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.
CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.
CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG
Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Serahkan Hatiku Padamu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.