PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS HOLLYWOOD SEPANJANG TAHUN 2023
Tahun ini kisah perceraian pasangan selebriti mendominasi tajuk berita di media sosial, seakan menjadi trend.
Di Malaysia, kita dikejutkan dengan perceraian pasangan popular yang disangka akan bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Tanpa diduga, mahligai perkahwinan mereka berkecai di tengah jalan. Rumah tangga pasangan sama cantik sama padan, Diana Danielle dan Farid Kamil berakhir 10 Ogos lalu disebabkan tiada persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan.
Begitu rumah perkahwinan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof. Selepas beberapa bulan naik turun mahkamah, hasrat aktres itu untuk dilepaskan menjadi kenyataan. Mereka sah bercerai pada 14 Jun lalu disebabkan kehadiran orang ketiga. Trend sama juga boleh dilihat di Hollywood.