PERJALANAN HIDUP & KERJAYA RICHARD GERE MENERUSI LENSA KAMERA
Aktor legenda Hollywood, Richard Gere baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-75 pada 31 Ogos lalu.
Walaupun mempunyai antara kerjaya termasyhur di Hollywood, Richard yang berasal daripada keluarga kelas pertengahan ini bermula dari bawah.
Cintanya terhadap industri perfileman membawanya terbang ke merata dunia dan bakatnya sebagai pelakon diasah di pentas teater di London pada tahun 70-an.
Berdekad kemudian, pelakon versatil ini menjadi terkenal dek persembahan memukaunya dalam filem seperti An Officer and a Gentleman, Pretty Woman, Sommersby dan Runaway Bride.
Lihat foto perjalanan Richard Gere sebagai salah seorang pelakon paling berjaya di dunia
Kehidupan Peribadi
Richard Tiffany Gere dilahirkan pada 31 Ogos 1949 di Philadelphia, Pennsylvania. Merupakan anak kedua daripada lima beradik, bapanya bekerja sebagai jurujual insurans manakala ibunya seorang suri rumah.
Menceburi Bidang Lakonan
Selepas menamatkan pengajian dari North Syracuse Central High School, Richard ditawarkan memasuki Universiti Massachusetts dengan biasiswa gimnastik. Selepas dua tahun, dia berhenti untuk merealisasikan impiannya sebagai pelakon.
Kemunculan pertamanya adalah melalui persembahan pentas teater di London pada 1973 bertajuk Grease, diikuti dengan Taming of the Shrew. Dia turut menggalas watak sampingan dalam beberapa rancangan televisyen di Amerika Syarikat termasuk termasuk Chelsea D.H.O. dan Strike Force.
Populariti Richard Gere Melonjak Naik
Nama pelakon ini menjadi sebutan selepas membintangi American Gigolo pada 1980 menerusi watak Julian. Popularitinya terus memuncak dengan peranannya dalam An Officer and a Gentleman sekali gus mengukuhkan namanya di Hollywood.
Membintangi Filem Pretty Woman
Richard mencuri hati ramai wanita seluruh dunia dengan watak Edward Lewis, usahawan berjaya dalam filem Pretty Woman pada tahun 1990. Filem itu mendapat sambutan hangat dengan kutipan melebihi USD463 juta. Sejak 1990, jumlah kutipan bertambah USD178 juta, membuktikan peminat lama dan baru terus menikmati filem itu sehingga kini.
Persahabatan Dengan Julia Roberts
Nampaknya kemesraan yang wujud antara watak Edward dan Vivian di layar perak adalah persahabatan sebenar Richard dan Julia Roberts. Pasangan itu dilihat berkongsi keterujaan di Amnesty International USA Media Spotlight Awards pada 1998. Mereka disatukan kembali dalam filem Runaway Bride pada 1999.
Menamatkan Zaman Bujang Dengan Cindy Crawford
Pada 1991, Richard yang ketika itu berusia 42 tahun mengahwini supermodel Cindy Crawford, 25. Walaupun kelihatan bak pasangan sempurna, rumah tangga mereka hanya bertahan empat tahun. Menurut Cindy, perhubungan jarak jauh antara punca utama perceraian mereka.
Diberi Tanda Penghargaan
Richard kelihatan teruja di acara meninggalkan tanda jejak di Teater Cina Mann di Hollywood pada 1999.
Memenangi Anugerah Golden Globe
Richard memukau penonton dengan bakat lakonan dan nyanyiannya dalam Chicago menerusi watak Billy Flynn pada 2002. Dia membawa pulang trofi pelakon lelaki terbaik pada Anugerah Golden Globe ke-60.
Dikurnia Cahaya Mata
Pada 2002, Richard menamatkan zaman dudanya dengan aktres dan model Carey Lowell setelah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun. Cahaya mata sulung mereka, Homer James Jigme Gere dilahirkan pada tahun 2000. Perkahwinan mereka berakhir pada 2013.
Temui Cinta Baru
Aktor ini berkahwin buat kali ketiga dengan aktivis dan pegawai seranta Sepanyol, Alejandra Silva pada 2018. Pada tahun sama, mereka menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Alexander. Pasangan itu menyambut kelahiran seorang lagi anak lelaki pada April 2020.
Richard Gere Bawa Keluarga Ke Venice
Dalam penampilan terbaru, Richard ditemani isteri dan anak sulungnya di acara amfAR Gala Venezia di Festival Filem Venice yang berlangsung pada 2 September 2024.
Foto: Collider
Pautan berkaitan: HIMPUNAN FOTO KERABAT DIRAJA BRITAIN DARI 1920-AN YANG TIDAK PERNAH DILIHAT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 AKTOR YANG PERNAH DINOBAT SEXIEST MAN ALIVE SEBANYAK DUA KALI
Sejak diperkenalkan, lebih 35 lelaki telah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive namun hanya empat pernah dinobat lebih daripada sekali.
4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE
Sejak diperkenalkan, lebih 35 selebriti lelaki telah dinobat sebagai Sexiest Man Alive. Bagaimanapun hanya empat meraih gelaran itu lebih daripada sekali.