Skip to content

4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE

Kongsikan artikel ini

Anugerah Sexiest Man Alive diperkenalkan oleh majalah People pada 1985.

Sejak itu lebih 35 lelaki telah dinobat dan tampil menghiasi kulit majalah tersebut. Baru-baru ini aktor dan pelumba kereta, Patrick Demsey dinamakan sebagai Sexiest Man Alive 2023.

“Saya amat terkejut, dan terasa lucu. Ini pastinya gurauan, kan? Selama ini saya hanya menjadi ‘pendamping’. Saya langsung tak terfikir mengenainya dan tak pernah menyangka akan menerima gelaran ini,” katanya.

Selain Patrick, selebriti lain yang pernah menerima pengiktirafan ini termasuk Chris Evans, Paul Rudd, Idris Elba, David Beckham, Chris Hemsworth, Adam Levine dan Sean Connery. Mel Gibson merupakan penyandang pertama gelaran itu pada 1985.

Bagaimanapun dalam kesemua penerima ini, hanya empat pernah dinobat Sexiest Man Alive lebih daripada sekali. Siapakah mereka?

 

1. Brad Pitt

brad pitt

Brad Pitt pada 1995 dan 2000. Foto: Business Insider

Aktor tampan ini memperoleh gelaran Sexiest Man Alive sebanyak dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali pertama pada tahun 1995 berikutan popularitinya yang meningkat selepas membintangi Legend of the Fall dan Interview with the Vampire. Pada 2000 tidak lama selepas berlakon dalam Fight Club, Brad Pitt menjadi individu pertama yag dinobat sebanyak dua kali.

 

2. Richard Gere

richard gere cindy crawford sexiest man alive

Richard Gere dan Cindy Crawford pada 1993; Richard Gere pada 1999. Foto: Business Insider

Pelakon Pretty Woman ini menghiasi kulit majalah People sebanyak dua kali iaitu pada 1993 dan 1999. Kali pertama, dia muncul bersama bekas isteri, supermodel Cindy Crawford ketika People menggantikan gelaran Sexiest Man Alive kepada Sexiest Couple Alive. Enam tahun kemudian pada usia 50 tahun, Richard Gere dinobat Lelaki Paling Seksi buat kali kedua.

 

3. George Clooney

george clooney

George Clooney pada 1997 dan 2006. Foto: Business Insider

Pelakon dan pembikin filem ini diberi penghormatan oleh People pada tahun 1997 dan 2006. George Clooney dinobat kali pertama selepas menjayakan watak Dr Doug Ross dalam siri popular ER. Dia merampas kembali gelaran itu sembilan tahun kemudian pada 2006, tahun sama dia memenangi Oscar untuk pelakon pembantu lelaki terbaik bagi filem Syriana.

 

4. Johny Depp

johnny depp

Johnny Depp pada 2003 dan 2009. Foto: Business Insider

Selebriti terkini yang dinamakan Sexiest Man Alive sebanyak dua kali adalah Johnny Depp. Dia diiktiraf pertama kali pada 2003 selepas membintangi Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl. Gelaran kedua diraihnya pada 2009 selepas menjayakan filem Alice in Wonderland arahan Tim Burton.

 

Foto: Pinterest

Pautan berkaitan: CHRIS EVANS DINOBAT LELAKI PALING SEKSI, INI REAKSI NETIZEN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

PATRICK DEMPSEY DINAMAKAN SEBAGAI SEXIEST MAN ALIVE 2023

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

Bacaan Lanjut
maxime bouttier luna Maya

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI KEKASIH LUNA MAYA, MAXIME BOUTTIER

Bacaan Lanjut
rancangan ogos 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Bacaan Lanjut