PESANAN TERAKHIR ‘LOGAN’ YANG MENYENTUH HATI
Pasti semua tahu, filem Logan adalah filem terakhir lakonan Hugh Jackman yang membawa watak ikonik itu dalam tempoh 17 tahun pembabitan beliau dalam industri perfileman Hollywood.
Watak Wolverine muncul dalam kesemua sembilan francais filem X-Men keluaran Marvel yang diterbitkan 20th Century Fox, bakal membuat kemunculan terakhir dalam filem Logan yang berlatarbelakangkan tahun 2024. Yang pasti, selepas 17 tahun mengalas watak adiwira ini, all good things must come to an end. Khabarnya atas faktor kesihatan dan usia, sudah tiba masanya Hugh Jackman ‘melepaskan’ watak ikonik ini untuk digalas aktor lain.
Ditemui sewaktu tayangan perdana filem Logan di New York melalui temubual bersama JustJared, ini pesanan emosi terakhir Hugh Jackman kepada semua peminatnya khusus kepada peminat tegar Wolverine.
‘Ini semua seakan mimpi. Selepas 17 tahun, saya seakan sudah menemui kesemua peminat Wolverine dan X–Men. Sejujurnya, semua yang berlaku dalam tempoh 17 tahun ini tidak akan berlaku tanpa mereka semua. Saya sayangkan watak ini, dan saya sayanganda semua..’

Hugh Jackman dan Patrick Stewart sewaktu majlis tayangan umum filem Logan di New York. Khabarnya, ini juga merupakan filem terakhir Patrick Stewart yang membawakan watak Professor X. (Photo credit: JustJared)
Terima kasih Hugh Jackman atas kenangan 17 tahun membawa watak Wolverine. This character will never be the same without you!
Photo credit: JustJared.com
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.