PRIYANKA CHOPRA ADALAH WANITA KEDUA TERCANTIK DI DUNIA
Wow, bintang Bollywood dan juga bekas Miss World 2000, Priyanka Chopra berjaya memintas Angelina Jolie, Emma Watson, Blake Lively dan Michelle Obama apabila beliau dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia. Menerusi undian yang dijalankan oleh rangkaian media sosial, Buzznet, Priyanka hanya di belakang diva pop Beyonce di dalam senarai tersebut. Bahkan, Priyanka turut berkongsi berita tersebut di Twitter serta berterima kasih kepada peminat-peminatnya kerana mengundi.
Model dan Victoria’s Secret angel, Taylor Hill berada di tempat ketiga diikuti pula dengan aktres terkenal Harry Potter, Emma Watson. Dakota Johnson serta bekas presiden harapan Amerika Syarikat iaitu Hillary Clinton berada di tangga kelima dan keenam. Angelina Jolie pula di tempat kelapan, manakala pemenang Oscar tahun ini iaitu bintang La La Land, Emma Stone mendapat tempat ke-12.
Supermodel Gigi Hadid berada di posisi ke-13 dan bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama di tangga ke-21. Senarai tersebut turut menyenaraikan bintang Wonder Woman yakni Gal Gadot, selain daripada Oprah Winfrey, Naomi Campbell, Alicia Vikander, Margot Robbie dan Alexandra Daddario.
Priyanka mula terkenal di bumi barat selepas dia membintangi siri tv Quantico. Tahun lalu, aktres Bollywood ini juga diangkat sebagai duta global Unicef terbaru. Dia telah menjadi duta terkenal di India demi badan kebajikan untuk kanak-kanak sejak tahun 2010 lagi.
Sumber: Majalah Eh!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.













