RAJA IRFAN, BAKAT BAHARU FESYEN MESTI KENALI
RAJA IRFAN ANTARA PEREKA FESYEN GENERASI BAHARU YANG CUKUP BERPOTENSI. KOLEKSINYA KINI BERTUMPU PADA REKAAN WANITA. MAYBE MENSWEAR SOON? GLAM LELAKI BERTANYAKAN BEBERAPA SOALAN KEPADA RAJA IRFAN.
BOLEH IRFAN KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA DALAM BIDANG REKAAN FESYEN? APA YANG MENGINSPIRASIKAN IRFAN UNTUK BERMULA?
Saya memulakan perjalanan saya dalam bidang rekaan fesyen sejak zaman diploma, di mana saya mendaftar dalam jurusan Rekaan Fesyen di MSU Shah Alam, dan saya meneruskan pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen di UiTM. Sejak di bangku sekolah menengah lagi, saya sudah tahu bahawa saya mahu menceburi bidang rekaan fesyen. Inspirasi awal saya datang daripada pelbagai filem berkaitan fesyen seperti The Devil Wears Prada, pertunjukan fesyen, acara karpet merah dan sebagainya. Saya tahu bahawa fesyen adalah pilihan utama saya sebagai kerjaya. I want my creation to be there from the beginning.
BAGAIMANAKAH ANDA MENGGAMBARKAN GAYA REKAAN ANDA?
Saya menggambarkan gaya rekaan saya sebagai berstruktur, berani, kemas, berunsur fesyen mewah, dengan sedikit sentuhan garang dan penuh keanggunan diraja.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TREND ATAU AKSESORI FESYEN TERTENTU YANG SEDANG ANDA MINATI SEKARANG?
Oh, saya memang obses dengan aksesori/perhiasan yang bersaiz besar-sama ada meas, perak, berlian, gelang besar-asalkan ia besar, saya memang suka! Memang obses!
BOLEHKAN ANDA CERITAKAN TENTANG HASIL KERJA YANG PALING BERHARGA ATAU BERMAKNA YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Pada peringkat awal kerjaya saya ini, hasil kerja yang paling bermakna bagi saya adalah projek tahun akhir saya semasa pengajian ijazah dalam rekaan fesyen. Saya sentiasa percaya bahawa setiap koleksi yang baik perlu mempunyai jalan cerita yang kuat dan makna yang mendalam di sebaliknya. Oleh itu, projek tahun akhir saya yang diilhamkan oleh Kintsugi, iaitu seni purba Jepun, merupakan hasil rekaan yang paling saya banggakan setakat ini kerana kisah disebaliknya. Prosed di sebalik tabir dalam menyiapkannya, digabungkan dengan inspirasi yang sangat bermakna dan dekat dengan diri saya, membuatkan saya benar-benar berpuas hari dan bangga dengan apa yang telah saya hasilkan.
APAKAH NASIHAT YANG ANDA INGIN BERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERCITA-CITA MENJADI PEREKA FESYEN?
Teruskan mencuba, anda boleh berehat, tapi jangan pernah berputus asa. Rekaan fesyen memang sukar, sangat sukar-ia bukan sekadar gemerlapan dan kemewahan, ia adalah kehidupan, ia adalah satu kerjaya. Hargai setiap perkara kecil yang telah anda lakukan, raikan ia walaupun anda rasa hasilnya kurang memuaskan kerana pengalaman adalah perkara terbaik yang boleh membantu anda menjadi pereka fesyen yang hebat.
SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?
Obsesi dan sumber inspirasi saya sekarang ialah Daniel Roseberry dari Schiaparelli. Cara dia mentafsir inspirasi, penceritaan, penciptaan dan bagaimana dia menjadikan semuanya unik dan tiada tandingan, benar-benar memukau.
BOLEH KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG KOLEKSI ANDA DI KLFW?
Ia adalah surat cinta untuk diri saya sendiri, satu sambutan untuk hasil kerja saya sebelum ini sebelum saya membuat debut pertama, serta juga sebagai gambaran untuk apa yang bakal datang dalam beberapa tahun akan datang untuk Raja Irfan.
Artikel berkaitan: KHALIL WAHID, “JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMEN NEGATIF!”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2025: 10 MODEL KLFW 2025 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
KLFW 2025 kali ini bukan sahaja mengangkat rekaan dari pereka tempatan, malah model tempatan yang penuh bakat turut menjadi tumpuan ramai.
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
VISI BERANI: GELOMBANG BARU FESYEN MALAYSIA.
Pereka muda Malaysia mencetus gelombang baharu fesyen dengan visi berani, identiti tersendiri dan pendekatan inovatif.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.
Ketahui lapan wanita yang menjadi 'girl crush' GLAM Lelaki. Not just sexy, tetapi memiliki personaliti dan karakter yang cukup kuat.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.